House of Tucker akan Berpindah ke AO3

House of Tucker, arkib hasil karya peminat (fanwork) Star Trek: Enterprise, sedang diimport ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).

Dalam artikel ini:

Penjelasan latar belakang

House of Tucker merupakan laman web peminat Star Trek: Enterprise yang didedikasikan kepada watak Charles “Trip” Tucker III. Laman web ini mengandungi lima sublaman di mana hasil fiksyen peminat (fanfiction) diterbitkan: ¡TRIP!, Trip/T’Polers, Archer*Trip, Trip*Malcolm, dan Soval Annex.

Tujuan Online Archive Rescue Project (Projek Menyelamat Arkib Dalam Talian) Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) adalah untuk membantu para moderator arkib-arkib menggabungkan hasil-hasil karya peminat dari arkib tersebut ke dalam AO3. Open Doors bekerjasama dengan para moderator untuk mengimport arkib-arkib mereka apabila para moderator kekurangan dana, masa, atau sumber-sumber lain untuk terus mengekalkan arkib-arkib mereka secara bebas. Hal yang amat penting bagi Open Doors adalah memastikan kami bekerjasama dengan para moderator yang ingin mengimport arkib-arkib mereka, dan memberi kredit sepenuhnya kepada para pereka dengan memberikan mereka kawalan sebanyak mungkin ke atas hasil-hasil karya peminat mereka. Open Doors akan bekerjasama dengan para moderator, evay, write_light, Bucky, myst123, wychwood, dan wollem, untuk mengimport House of Tucker ke sebuah koleksi asing yang boleh dicari di AO3. Sebagai sebahagian daripada pemeliharaan arkib ini secara keseluruhan, semua fanfiction yang kini berada di arkib House of Tucker akan diacarakan di pelayan-pelayan OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif), dan dibenamkan dalam laman karya AO3 mereka sendiri.

Kami akan mula mengimport karya-karya dari House of Tucker ke AO3 selepas bulan Julai 2024. Walau bagaimanapun, import mungkin tidak akan berlaku selama beberapa bulan atau tahun, bergantung kepada saiz dan kerumitan arkib tersebut. Para pereka sentiasa dialu-alukan untuk mengimport karya-karya mereka sendiri dan menambah karya-karya tersebut kepada koleksinya buat sementara waktu.

Apakah maksudnya untuk para pereka yang telah mempunyai karya-karya di House of Tucker?

Kami akan menghantar pemberitahuan import ke alamat e-mel yang kami ada untuk setiap pereka. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyemak salinan sedia ada bagi mana-mana karya sebelum mengimport. Sekiranya kami menjumpai salinan yang sudah ada di AO3, kami akan menambah karya tersebut ke koleksi dan kami tidak akan mengimportnya. Semua karya yang diarkibkan bagi pihak pereka akan termasuk nama mereka dalam barisan kecil dalam karya tersebut atau di ringkasan karya.

Semua karya yang diimport akan ditetapkan agar hanya boleh dilihat oleh pengguna-pengguna AO3 yang telah log masuk. Sebaik sahaja anda menuntut karya-karya anda, anda boleh menetapkan karya-karya tersebut untuk tatapan umum jika anda mahu. Selepas 30 hari, semua karya yang diimport yang tidak dituntut akan ditetapkan sebagai tatapan umum.

Sila hubungi Open Doors menggunakan nama(-nama) samaran dan alamat(-alamat) e-mel House of Tucker anda sekiranya:

  1. Anda ingin kami mengimport karya-karya anda, tetapi anda memerlukan pemberitahuan yang dihantar ke alamat e-mel yang berbeza daripada yang anda gunakan pada arkib asal.
  2. Anda sudah mempunyai akaun AO3 dan telah mengimport karya-karya anda sendiri.
  3. Anda ingin mengimport karya-karya anda sendiri (termasuk jika anda belum mempunyai akaun AO3).
  4. Anda TIDAK mahu karya-karya anda diimport ke AO3, atau TIDAK mahu karya-karya anda ditambah ke koleksi arkib.
  5. Anda berbesar hati untuk kami memelihara karya-karya anda di AO3, tetapi ingin kami mengalih keluar nama anda.
  6. Anda mempunyai sebarang soalan lain yang perlukan bantuan kami.

Sila sertakan nama arkib dalam tajuk e-mel anda. Sekiranya anda tidak lagi mempunyai akses kepada akaun e-mel yang dikaitkan dengan akaun House of Tucker anda, sila hubungi Open Doors dan kami akan membantu anda. (Bagus sekiranya anda telah menerbitkan karya-karya berkenaan ke tempat lain, atau mempunyai cara mudah untuk mengesahkan bahawa karya-karya tersebut adalah milik anda; jika tidak, kami akan bekerjasama dengan para moderator House of Tucker untuk mengesahkan tuntutan anda.)

Sila lihat laman web Open Doors untuk mendapatkan arahan-arahan mengenai

Sekiranya anda masih mempunyai soalan…

Jika anda mempunyai soalan lanjut, kunjungi FAQ Open Doors, atau hubungi jawatankuasa Open Doors.

Kami juga berbesar hati sekiranya para peminat dapat membantu kami mengekalkan kisah House of Tucker di Fanlore. Sekiranya anda masih baharu dalam menyunting wiki, jangan risau! Kunjungi portal pelawat baru, atau tanya penyelaras wikiFanlore untuk mendapatkan tip.

Kami teruja untuk membantu memelihara House of Tucker!

– Pasukan Open Doors dan moderator-moderator House of Tucker.


Komen yang ditinggalkan pada artikel ini akan dinyahdayakan dalam masa 14 hari selepas terbitan. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, kebimbangan atau komen mengenai import selepas tarikh tersebut, sila
hubungi Open Doors.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, dan Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Open Doors

Comments are closed.