Hasil Video Peminat dan Multimedia

Peminat-peminat menghasilkan pelbagai jenis bentuk multimedia termasuk hasil seni peminat, video, muzik video anime, remix politik, machinima, podfic dan buku audio serta lain-lain. OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) komited untuk menyediakan akses dan memelihara sejarah karya-karya ini, dan projek-projek Hasil Video Peminat dan Multimedia kami adalah untuk memberi maklumat dan sumber kepada komuniti video peminat yang lebih besar dan membantu menjelaskan dan memberi konteks karya-karya tersebut kepada semua.

Pelan Tindakan Fanvid

Pelan tindakan fanvid adalah panduan kepada ciri-ciri dan perkhidmatan yang berkaitan dengan video OTW yang dirancang, termasuk pelan kami untuk memasukkan video secara keseluruhan ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).

Sumber untuk Pereka Video Peminat

Halaman-halaman berikut mempunyai maklumat yang kami berharap adalah berguna untuk pereka video peminat; jika anda mempunyai sebarang cadangan untuk halaman baru untuk dihoskan di sini, atau cadangan baru atau pembetulan pada halaman yang sedia ada, sila hubungi kami.

Sumber untuk Cendekiawan Video Peminat

  • Bibliografi Video Peminat: dikekalkan di Zotero.
  • Panduan Stail Hasil Karya Peminat: cara untuk memetik fanvid (dan karya sarjana lain) dalam konteks akademik.
  • Vidding (2008), sebuah dokumentari dihasilkan oleh OTW untuk projek New Media Literacy oleh MIT.
  • Vidding Documentary (2011), oleh Abigail Christensen
  • Arkib Ilmu Karya Multimedia (akan datang): Sebuah perpustakaan bagi video-video peminat yang dibincangkan di dalam artikel sarjana: kami akan menyediakan perhubungan untuk para cendekiawan yang merancang untuk menerbit supaya bakal artikel-artikel dan buku-buku akan mempunyai rujukan dan nota kaki yang kukuh.

Projek Sejarah Vidding

OTW mempunyai penasihat guaman dan kepakaran ilmiah dalam media fan vidding aksi langsung; projek Sejarah Vidding kami bertujuan untuk menyediakan servis kepada komuniti vidding dan menjelaskan dan memberi konteks vidding kepada dunia luar. Projek semasa termasuk:Projek Sejarah Lisan Vidding, Laman Contoh Video Penggunaan Adil, dan Vidding (2008), sebuah dokumentari dihasilkan oleh OTW untuk projek New Media Literacy oleh MIT. Hampir kesemua kerja guaman OTW adalah berkaitan dengan vidding; anda boleh ketahui dengan lebih lanjut di halaman Bantuan Guaman

Arkib Gelap

Matlamat arkib gelap adalah untuk menyimpan dan memelihara video; arkib ini tidak akan berada dalam talian atau boleh diakses secara umum. Sila lihat Pelan Tindakan Fanvid untuk maklumat lebih lanjut.

Torrent Milik Kita

Torrent Milik Kita akan dijadikan pengesan peribadi buat penggunaan adil hasil karya peminat transformatif, termasuk: vid, treler fic, hasil seni peminat, pdf zine, AMV, imbuhan semula politik, machinima, dan hasil karya peminat digital transformatif yang lain. Sila lihat Pelan Tindakan Fanvid untuk maklumat lebih lanjut.