Hari Sukarelawan Antarabangsa 2020

Hari ini merupakan Hari Sukarelawan Antarabangsa, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan hebat yang membantu menjayakan OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) . OTW kini mempunyai 894 sukarelawan, di dalam 18 jawatankuasa — dan ramai sukarelawan mempunyai lebih dari satu peranan dalam organisasi! Tambahan pula, sebilangan sukarelawan kami telah bekerja di OTW sejak dahulu lagi! Terdapat 6 sukarelawan yang telah ada sejak dari awal, dan 37 sukarelawan yang telah ada selama sepuluh tahun atau lebih. Kami tidak dapat berterima kasih secukupnya untuk perkhidmatan anda.

Sebagai organisasi sukarela sepenuhnya, kami tahu bahawa semua sukarelawan kami memuatkan kami di antara tugasan mereka yang lain dan kami begitu berterima kasih kepada mereka. Merekalah yang memastikan semua projek kami berjalan lancar, dan kami juga dapat melaksanakan misi kami. Kepada semua sukarelawan: terima kasih di atas semua yang anda lakukan.

Sekiranya anda berfikir untuk terlibat dengan OTW, kami amat mengalu-alukan anda! Kami merekrut secara berkala sepanjang tahun, jadi jika anda tertanya bagaimana untuk terlibat dengan OTW atau salah satu projek OTW kegemaran anda, sila lihat laman rekrut!
Peluang akan disiarkan di laman ini jika ada.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.