Hari Karya Antarabangsa 2022 Akan Tiba

Bersedia: Hari Karya Antarabangsa hanya sebulan sahaja lagi! Hari Karya Antarabangsa (atau “IFD”, singkatannya dalam Bahasa Inggeris) ditubuhkan pada 2014 oleh OTW (Organisasi Karya-karya Antarabangsa). Ia merupakan perayaan untuk semua jenis karya peminat, dan diadakan setiap tahun pada 15 Februari. Tahun ini kami merayakan IFD Ke-8!

Di OTW, tema kami tahun ini adalah Karya Peminat Klasik dan kami akan membenarkan anda mentafsirkan “klasik” sesuka hati anda. Ini mungkin bermakna karya-karya yang telah membentuk tulang belakang fandom anda, atau mungkin karya-karya yang anda sering lihat kembali, dari semasa ke semasa – karya yang anda anggap sebagai “pembacaan penting.” Anda boleh mengambil bahagian walau bagaimanapun anda mahu, tetapi berikut ialah tiga cadangan:

  • Cipta senarai cadangan karya-karya tersebut dan kongsikannya sebagai sebahagian daripada Feedback Fest, yang bermula daripada 13 Februari
  • Tulis tentang apa perasaan anda tentang karya-karya yang anda sering kerjakan selepas masa berlalu, sama ada dalam bentuk esei atau di laman sosial
  • Ambil bahagian dalam cabaran karya peminat pendek IFD kami dan ciptakan remix untuk karya-karya tersebut

Sama ada karya-karya tersebut dalam bentuk audio, visual atau teks, daripada vid kepada podfik atau meta kepada fanfiction, fikirkan tentang apakah yang klasik atau penting kepada anda!

Kami sangat teruja untuk melihat apa yang anda mencipta dan terbitkan! Kami menjemput anda untuk menggunakan hashtag #IFD2022 atau #IFDChallenge2022 jika anda mengambil bahagian di media sosial dan tag ‘Hari Karya Peminat Antarabangsa 2022’ jika karya itu disiarkan di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kami). Jika anda atau komuniti fandom anda akan menganjurkan aktiviti anda sendiri, sila beritahu kami supaya kami boleh memberi isyarat untuk meningkatkannya!

Perhatikan media berita kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang aktiviti-aktiviti Hari Karya Antarabangsa, kerana kami akan menyiarkan tentang rancangan kami seminggu sebelum IFD!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Event

Comments are closed.