Hari Fanworks Antrabangsa (IFD) 2021 akan tiba

Sudah hampir tiba masanya: Hari Fanworks Antarabangsa (atau “IFD” untuk singkatannya dalam bahasa Inggeris) akan pantas muncul tiba! Diadakan pada 15 Februari setiap tahun, kami sudah banyak merancang dan berharap anda akan menyertai kami untuk meraikannya!

Apakah Hari Fanworks Antarabangsa?

Dimulakan oleh OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) pada tahun 2014 dan pertama kali disambut pada tahun 2015, Hari Fanworks Antarabangsa adalah hari perayaan untuk semua bentuk karya peminat dalam kepelbagaian dan kreativiti mereka yang luar biasa dari seluruh dunia. Sama ada fiksyen peminat, podfic, animasi, fanvid, podcast, hasil seni peminat, atau apa sahaja yang boleh anda fikirkan, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama para pereka dan peminat.

Cabaran Hasil Seni Peminat: kongsi fandom/karya peminat kegemaran anda yang kurang dikenali!

Tahun ini, memandangkan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah menjangkau 40,000 fandom, kami ingin meraikan semua perkara yang kurang dikenali, sama ada mikrofandom yang anda mahu orang ramai sertai, karya atau fandom yang layak mendapat lebih banyak pendedahan, atau karya dalam fandom besar yang anda fikir patut mendapat lebih banyak pendedahan – dan apa sahaja! Dari sekarang sehingga #IFD2021 kami ingin menjemput anda untuk berkongsi dengan kami karya kegemaran anda yang kurang dikenali di media sosial menggunakan hashtag #IFDChallenge2021, dan kami akan membuat reblog beberapa pilihan kegemaran kami di saluran media sosial kami dari 8 – 15 Februari.

Kami juga ingin melihat pereka karya peminat mencari fandom kecil, watak sampingan, pasangan yang kurang dikenali, dan sebagainya, dan membuat karya untuk mereka! Antara sekarang dan 15 Februari, kami mencabar pereka untuk mencari fandom, pasangan, watak, dll kurang dikenali yang baru bagi mereka dan membuat karya peminat untuknya, dengan menggunakan tag Hari Fanworks Antarabangsa 2021′ supaya kita semua dapat menikmatinya!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, dan Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.