Hari Fanworks Antarabangsa 2018 Akan Datang

Hari Fanworks Antarabangsa adalah pada 15 Februari 2018. OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) sedang membuat rancangan untuk meraikannya, tetapi kami juga ingin tahu apa anda akan buat pada hari tersebut!

Apa itu Hari Fanworks Antarabangsa?

Ia merupakan satu hari untuk mempromosikan kreativiti peminat dalam semua bentuknya di seluruh dunia. Sama ada dalam bentuk teks, imej, audio atau multimedia, tidak kira negara atau bahasa asal, kami menggunakan fanwork untuk menyatakan cinta kami terhadap fandom kami dan membentuk komuniti dan tradisi kami sendiri. Pada Hari Fanwork Antarabangsa, kami ingin peminat-peminat di mana-mana sahaja untuk menunjukkan betapa penting fanwork adalah kepada mereka.

Beritahu Kami Apa Fanwork Bermakna Kepada Anda

Kami akan mengumumkan aktiviti yang ditaja oleh OTW pada bulan depan, tetapi sementara itu, kami ingin mendengar rancangan anda untuk meraikan Hari Fanworks Antarabangsa. Kami juga inginkan anda memberitahu kami apa fanwork bermakna kepada anda. Lakukan salah satu daripada yang berikut sehingga 31 Januari:

  • Hashtag pendapat anda dengan #WhatFanworksMeantoMe di Twitter, Facebook, atau Tumblr, dan juga gunakan hashtag untuk negara anda!
  • Hantarkan esei yang lebih panjang (sehingga 350 perkataan) kepada pasukan Komunikasi kami melalui borang hubungan

Kami akan memilih sehingga enam esei untuk diterbitkan dalam Berita OTW pada 5 Februari, sebagai sebahagian daripada acara penganjuran Hari Fanworks Antarabangsa. Apabila menghantar esei anda, sila sertakan maklumat berikut:

  1. Bagaimana anda hendak nama/nama samaran ingin dikemukakan
  2. Negara mana anda anggapkan sebagai tanah air

Penyerahan adalah dialu-alukan dalam semua bahasa, jadi mulai berkongsi cinta fanwork anda!
OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW.Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Announcement, Event

Comments are closed.