Hari Fanwork Antarabangsa 2024 Akan Berlangsung Tak Lama Lagi!

Masa berlalu begitu pantas! Kami di OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) bakal menyambut ulang tahun kesepuluh Hari Fanwork Antarabangsa (IFD).

Setiap 15 Februari, pada hari Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) menyambut penerbitan karya kesejuta sepuluh tahun yang lalu, fandom bersatu untuk meraikan Hari Fanwork Antarabangsa dan segala bentuk hasil karya peminat (fanwork)—fiksyen, seni, video, zine, meta dan banyak lagi—serta kepentingan karya-karya ini dalam komuniti-komuniti fannish di seluruh dunia.

Kami berminat untuk mendengar tentang pengalaman anda dalam fandom—sebagai peminat, sebagai pereka, sebagai ahli komuniti. Tema Hari Fanwork Antarabangsa kali ini ialah 10: berikan sepuluh perkara paling bermakna buat anda tentang fandom, kongsikan sorotan sepanjang sepuluh tahun anda bergiat dalam fandom, atau, jika anda berasa nostalgik, beritahu kami tentang sepuluh kejadian penting, lawak atau menyeronokkan yang pernah berlaku dalam fandom anda.

Kami menantikan cerita-cerita daripada para peminat, jadi pastikan anda tag siaran-siaran anda dengan #IFD2024 dan kami akan uar-uarkan di akaun-akaun media sosial Berita OTW.

Dalam masa beberapa minggu lagi kami akan mengumumkan apa yang OTW akan lakukan sempena sambutan Hari Fanwork Antarabangsa 2024. Namun, kami juga ingin tahu apa yang anda dan komuniti-komuniti fandom anda akan lakukan untuk menyambut ulang tahun kesepuluh ini! Pada bulan Disember yang lalu kami telah tanya anda apa yang komuniti anda telah rancangkan untuk Hari Fanwork Antarabangsa: kami akan mengumpul maklumat dan pautan-pautan ke acara-acara tersebut sehingga 28 Januari. Kemudian kami akan uar-uarkan acara-acara tersebut kepada para pembaca di laman web dan akaun-akaun media sosial kami bersama-sama tentatif acara kami, jadi pastikan anda berkongsi tentang sambutan-sambutan anda!

Kami sangat gembira kerana dapat berkongsi pencapaian ini serta meraikannya bersama anda, dan kami teruja untuk mengetahui tentang acara-acara sambutan anda. Kami tidak sabar untuk membaca tentang makna fandom dan fanwork kepada diri anda!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Event

Comments are closed.