Blog archives

Mengapakah TWC tidak menyediakan PDF berkaitan artikel mereka?

Hal ini demikian kerana Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif) merupakan sebuah jurnal multimedia yang menerbitkan tangkapan skrin, video terbenam dan menggunakan hyperlink, jurnal mesti muncul dalam bentuk online. PDF tidak mampu menyalin secukupnya pengalaman interaktif jurnal ini. Selain itu, kerana TWC menggunakan hak cipta Lesen Antarabangsa Creative Commons Attribution 4.0, peminat-peminat mungkin ingin mengubah jurnal dengan membuat PDF kandungan dan menyebarkannya secara umum. Selagi dokumen mengandungi URL sumber asal, dan selagi poster tidak mengenakan bayaran, aktiviti ini dibenarkan di bawah syarat-syarat lesen CC. Malah, TWC menggalakkan aktiviti peminat transformatif sedemikian. Akhirnya, TWC ingin mengubah kepentingan yang diberi kepada media cetakan…. Read more

Hak cipta apa yang digunakan oleh TWC?

Bermula dengan Transformative Works and Cultures — TWC (Karya dan Budaya Transformatif) No. 25, esei dilesenkan dibawah Lesen Antarabangsa Creative Commons Attribution 4.0. Untuk penjelasan mengenai alasan jurnal, sila lihat 15 September 2017, editorial Hak cipta dan akses terbuka. Lesen ini membenarkan penggunaan bukan komersial dan komersial dengan atribusi. Oleh itu, entiti, seperti akhbar, yang ingin mencetak semula artikel (walaupun untuk tujuan komersial) tidak perlu mendapatkan dokumen pelepasan hak cipta. TWC No. 1 hingga 24 dilesenkan dibawah Lesen Atribusi-Komersial Creative Commons 3.0 Tidak Berlesen. Untuk No. 1 hingga 24, TWC, bukannya pengarang, mengekalkan hak cipta. Sesiapa yang ingin menghasilkan semula kandungan untuk keuntungan, termasuk pengarang,… Read more

Apakah jenis perkara yang TWC terbitkan?

Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif) menerbitkan artikel akademik yang diulas berkaitan tentang transformasi secara umum, penglibatan peminat dengan pelbagai jenis teks, dan tentang komuniti-komuniti peminat; artikel meta dan esei peribadi yang diulas secara editorial; ulasan buku; dan wawancara.

Bagaimanakah boleh saya menghantar ke TWC?

Panduan penghantaran yang lebih teliti boleh didapati di laman web Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif). Kami mengalu-alukan penghantaran daripada semua orang, selagi sumbangan itu mematuhi fokus dan skop TWC.

Berapa kerap TWC diterbitkan?

Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif) diterbitkan dua kali setahun, pada 15 Mac dan 15 September.