Blog archives

Soalan anda tidak dijawab?

Sila hubungi kami dengan soalan anda dan kami akan menjawabnya dengan hati yang terbuka.

Mengapakah sebahagian kandungan hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris sahaja dan bukan dalam bahasa yang saya pilih?

Laman ini sedang diterjemah oleh sukarelawan pada masa bebas mereka. Kami telah membuat keputusan untuk melepaskan maklumat dasar dalam bahasa anda sebaik sahaja ia diterjemah, walaupun penterjemahan laman penuh tidak lengkap lagi. Kami sedang berkerja untuk memastikan semua kandungan sedia ada untuk anda, tetapi sila faham bahawa perkara ini memerlukan masa.

Siapakah yang menterjemahkan laman web ini?

Penterjemah OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) berkerja dalam dua peringkat: staf Translasi dan pasukan bahasa. Staf menyelaras tugas penterjemahan dan berhubung dengan jawatankuasa lain. Pasukan bahasa berbeza dalam saiz (dengan sekurang-kurangnya satu penterjemah dan satu pembaca beta) dan tergolong daripada sukarelawan yang merupakan penutur asli, atau fasih dalam bahasa selain dari Bahasa Inggeris. Selain daripada laman web ini, penterjemah juga membantu membuat projek OTW yang lain seperti Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) mudah di akses oleh pembaca antarabangsa.