Blog archives
Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan dan menjadi sukarelawan OTW?
Kami mengalu-alukan semua orang yang ingin membincangkan sumber-sumber (rancangan, band, atlet, anime, dll) dan fandom. Kami juga mengalu-alukan semua orang yang mencipta atau menikmati karya fiksyen peminat, video peminat, karya seni peminat, dan lain-lain hasil karya. transformatif.
Bolehkah saya bersukarela untuk membantu?
OTW kerap mencari sukarelawan untuk ahli jawatankuasa dan kedudukan yang berbeza. Untuk panggilan mengrekrut, sila rujuk kepada Laman Sukarelawan kami. Anda juga boleh mengubungi AJK Pengrekrutan Sukarelawan kami pada bila-bila masa. Anda juga mungkin berminat dalam Fanlore iaitu wiki pemeliharaan fandom OTW, dan membantu menambah maklumat di sana. ( Senarai harapan Fanlore, merupakan tempat yang baik untuk bermula, di mana editor semasa memberitahu jika mereka inginkan bantuan). Untuk lebih maklumat, sila kunjungi FAQ Sukarelawan. kami.
Bagaimanakah ahli jawatankuasa dipilih?
Lembaga akan menentukan jawatankuasa mana yang perlu diatur, kemudian melantik kerusi kepada jawatankuasa tersebut serta meluluskan ahli jawatankuasa yang dipilih oleh kerusi. Ahli jawatankuasa awal telah dipilih berdasarkan orang yang memberi tindak balas kepada orang awam pertama “Bersedia untuk Berkhidmat” memanggil sukarelawan.
Siapa yang memilih Lembaga Pengarah?
Lembaga 2007-2008 telah dilantik untuk mendapatkan OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) dan memastikan ia berjalan dengan lancar. Semua ahli lembaga berikutnya dipilih oleh ahli OTW itu sendiri. Lembaga bertanggungjawab dalam menganjurkan jawatankuasa, membuat keputusan akhir, menyimpan rekod kewangan, mengendalikan pematuhan, dan sebagainya. Ahli-ahli lembaga diminta untuk berkhidmat selama tiga tahun. Satu pertiga daripada Lembaga dipilih setiap tahun. Lembaga dipilih dari kalangan ahli dalam kedudukan yang baik yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tempoh dalam jawatankuasa. Setiap ahli OTW mendapat satu undi dalam pilihan raya, tanpa mengira jumlah sumbangan mereka. Sekiranya anda berminat untuk bertanding sebagai ahli Lembaga, sila hubungi kakitangan Pilihan Raya. Untuk maklumat lanjut mengenai proses… Read more
Siapa yang berada di belakang OTW?
OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) adalah sebuah organisasi yang dicipta oleh peminat, untuk peminat. Ia dijalankan oleh lembaga pengarah. Lihat Tentang Kami untuk maklumat lanjut.