Blog archives

Apakah langkah-langkah untuk melindungi pelaburan ahli-ahli?

OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) adalah sebuah organisasi tanpa keuntungan, tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang menetapkan tanggungjawab fidusiarinya dalam menjalankan aktiviti dengan berpegang pada kepercayaan orang ramai. OTW akan diperhati bukan hanya oleh para ahli dan peminat di luar organisasi, tetapi juga oleh IRS dan negeri Delaware, negeri penubuhan kami. Terdapat beberapa perlindungan tambahan ditetapkan. Penyalahgunaan dana OTW merupakan penipuan dan boleh didakwa. Ia beroperasi sebagai langkah pencegahan. Pengagihan dana OTW akan mengikuti prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum berkenaan dengan pengawasan dan pengesahan perbelanjaan. Maklumat kewangan OTW turut diaudit oleh firma CPA pihak ketiga bebas setiap tahun fiskal. Akhirnya, OTW dikehendaki untuk memfailkan Borang 990… Read more

Bagaimanakah OTW melindungi data yang dikumpul bagi individu yang membuat sumbangan?

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) harus mengumpulkan maklumat tertentu (seperti nama, alamat, dll.) daripada penderma dalam mematuhi peraturan IRS. Memandangkan kebanyakan peminat menggunakan nama samaran dalam kehidupan fannish, maklumat ini akan disimpan oleh OTW dan hanya boleh diakses oleh bendahari dan ahli jawatankuasa Pembangunan dan Keahlian OTW. Sumbangan tanpa nama pula hanya boleh dilakukan secara tunai.

Adakah sumbangan ke OTW boleh ditolak cukai?

Ya, di Amerika Syarikat. IRS telah meluluskan status pengecualian cukai bagi OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) kepada status bukan keuntungan. Salah satu manfaat daripada status tersebut ialah sebarang sumbangan yang anda salurkan terhadap organisasi, termasuk yuran keahlian OTW anda sebanyak 10 USD, kini boleh ditolak cukai di Amerika Syarikat! Lebih baik lagi, sumbangan anda sebelum ini juga boleh ditolak cukai, sehingga tarikh kami diperbadankan: 5 September 2007. Sila beri perhatian sekiranya anda berada di luar Amerika Syarikat, sumbangan anda mungkin atau mungkin tidak boleh dikurangkan cukai. Anda harus merujuk kepada penasihat cukai dan lihat sama ada pemberian kepada US 501 (c) (3) layak mendapat potongan cukai… Read more

Bagaimanakah saya hendak menyumbang ke OTW? Bolehkah saya menyumbang jika saya tinggal di luar Amerika Syarikat?

OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) mampu menerima sumbangan dari seluruh dunia melalui sumbangan dalam talian, mahupun cek melalui pos ke peti surat kami. Sila lihat Sokong OTW untuk maklumat lanjut. Proses pembayaran kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi seperti kad kredit atau nombor akaun bank kepada OTW. Cek peribadi yang diterima melalui pos semestinya mempunyai maklumat akaun tentang penyumbang, namun begitu maklumat tersebut tidak akan disimpan.

Siapakah yang menentukan perbelanjaan OTW?

Lembaga pengarah yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan ini sebagai kewajipan fidusiari. Lembaga bendahari pula dipertanggungjawab dalam pembentukan dan pelaksanaan perbelanjaan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif), namun lembaga pengarah perlu mengundi dalam meluluskan perbelanjaan, termasuk perbelanjaan yang tidak dirancang. Untuk transaksi yang lebih kecil, lembaga pengarah akan mewakilkan tanggungjawab tersebut kepada ahli jawatankuasa OTW dalam menentukan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.