Blog archives

Apakah yang patut saya lakukan jika terdapat artikel atau informasi yang terhilang?

Semua peminat dan orang yang ingini boleh memberi sumbangan kepada Fanlore dengan membuat artikel atau menambah informasi kepada halaman yang sudah ada. Apa-apapun yang anda boleh menyumbang kepada pemeliharaan sejarah fannish disambut dengan mesra.

Saya ingin mengedit sesuatu halaman dalam Fanlore, tetapi saya tidak tahu caranya. Tolong!

Kami sentiasa gembira untuk meyambut pengedit yang baharu kepada Fanlore, dan kami mempunyai pelbagai sumber untuk membantu anda. Bermulalah dengan Tip-tip Kami untuk Melayari Fanlore dan Tutorial Pengeditan Asas, kemudian pastikan anda melayari halaman bantuan kami yang lebih terperinci. Anda juga akan ingin mebiasakan diri dengan polisi-polisi kami. Setelah anda bermula mengedit, Cheatsheet Pengeditan Fanlore merupakan sumber yang amat baik – sama juga dengan senarai templat ini yang kerap digunakan dalam wiki. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh sentiasa menghubungi tukang-tukang kami untuk bantuan pengeditan. Halaman pendek dan/atau pengenalan adalah sentiasa disambut dengan mesra!

Mengapakah wiki hanya terdapat dalam Bahasa Inggeris? Bolehkah saya menyumbang editan dalam bahasa-bahasa lain?

Fandom adalah antarabangsa, dan kami menyambut sumbangan daripada peminat dari seluruh dunia. Pada masa ini, Fanlore merupakan sumber yang berbahasa Inggeris, walaupun pengedit memang digalakkan untuk mendokumenkan fandom, kerja peminat, dan komuniti peminat yang mungkin sebenarnya terdapat dalam bahasa-bahasa yang bukan Bahasa Inggeris. Jika anda inginkan nasihat atau bantuan dalam aspect dokumen tentang fandom yang tidak berbahasa Inggeris, ataupun berminat untuk bekerjasama dengan Fanlore untuk memperbaiki skop antarabangsa wiki, sila menghubungi kami.

Adakah kami akan kaitkan identiti peminat dan identiti sebenar di wiki Fanlore?

Fanlore mempunyai polisi perlindungan identiti, yang memastikan peminat boleh mengasingkan nama samaran peminat dengan nama sebenar peminat jika mereka ingini. Tambahan pula, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) berdedikasi untuk melindungi keperibadian peminat, sama ada mereka merupakan pengguna perkhidmatan kami atau tidak. Jika sesuatu edit telah dilakukan di wiki yang mengaitkan identiti sebenar dan fannish tanpa pengesahan anda, sila menghubungi Fanlore dan kami akan bekerjasama dengan anda untuk menyelesaikan issue tersebut.

Apakah skop Fanlore wiki?

Skop bagi Fanlore wiki termasuk fandom dan kerja transformatif peminat pelbagai jenis. Kami mencari hos kontribusi daripada berbagai jenis peminat apabila mereka kongsi pengalaman mereka tentang sejarah komuniti fannish mereka. Semua peminat dijemput untuk berkongsi cerita mereka.