Blog archives

Saya mengendalikan sebuah arkib dan saya hendak mengimport/back up arkib tersebut ke AO3. Apakah yang saya perlu buat?

Sila hubungi Open Doors untuk mengakses alat mengimport. Sila beritahu kami seawal mungkin jika anda mempunyai keperluan khusus – contohnya, jika anda ingin kami mengambil alih penyelenggaraan domain lama, atau jika arkib anda mengandungi kandungan multimedia.

Bagaimanakah saya hendak membuat akaun di AO3?

Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telahpun masuk dalam beta terbuka pada November 2009. Untuk membuat akaun, anda memerlukan sebuah jemputan. Kami menggunakan sistem kod jemputan supaya AO3 dapat berkembang dengan cara yang terkawal. Kami perlu menambah pengguna baru secara beransur-ansur supaya nombor akaun kami tidak berkembang melampaui apa yang boleh ditampung oleh batas perisian, jalur lebar, bantuan dan sokongan kami. Hal ini membantu kami memastikan semua pengguna AO3 mendapat pengalaman yang terbaik mungkin. Sebaik sahaja anda menerima e-mel jemputan, klik pautan yang disediakan dalam e-mel untuk pergi ke halaman penciptaan akaun. Jika anda telah diberikan pautan jemputan oleh pengguna lain, klik… Read more

Adalah OTW ingin menggantikan arkib yang lain?

Tidak. Sebaliknya, kami berharap para peminat akan mengguna perisian arkib kami, yang merupakan sumber terbuka dan percuma untuk digunakan dan diubah, untuk membina arkib mereka yang tersendiri. Di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), kami berharap untuk membina arkib untuk pelbagai fandom yang mempunyai pelbagai ciri dan mesra peminat, dan boleh diukur, dan akan bertahan untuk masa yang lama. Kami ingin menjadi pustaka deposit fandom, tempat yang peminat boleh menyokong sesebuah karya atau projek yang sedia ada dan mempunyai pautan yang stabil, dan bukannya tempat di mana peminat hanya mempaparkan karya mereka. Ia bukan sama ada/atau; ia lebih lagi/lebih lagi!

Mengapakah ia mengambil masa yang lama untuk membuat perisian arkib ini?

Membina jenis arkib yang dibayangkan oleh OTW (Organisasi Karya-Karya Transformative) bukan sesuatu proses yang mudah. Kami bukan hanya menyediakan arkib menggunakan perisian yang sedia ada, tetapi membina perisian arkib sumber terbuka yang direka khas untuk keperluan peminat, yang dapat dikendalikan dan diguna dengan mudah, dan dapat mengendalikan berjuta-juta karya dari ratusan ribu pengguna yang serentak. Kerja ini sedang dilakukan oleh sekumpulan sukarelawan, termasuk sekumpulan pelatih yang sedang membelajar cara menulis dan menyelenggara kod, untuk membantu membina komuniti pembuat kod yang juga merupakan peminat. Ini adalah sekumpulan orang yang boleh membantu mengekalkan perisian arkib pada masa akan datang. Dengan kata lain, kami bukan hanya membina perisian… Read more

Siapakah yang mendapat keuntungan dari AO3? Adakah pengguna perlu bayar?

Tiada sesiapapun, termasuklah OTW (Organisasi Karya-Karya Transformasi) sebagai sebuah organisasi, mendapat keuntungan daripada Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) ataupun kandungannya; sebaliknya, OTW membayar untuk menghoskan AO3. Iklan-iklan tidak dipaparkan. Sebaliknya, kami mengadakan pemacu ikrar gaya radio awam untuk meminta sokongan daripada pengguna kami. Tiada apa-apa sumbangan yang akan diperlukan untuk menggunakan AO3 atau mana-mana alatannya.