Garis Panduan untuk Mengemukakan sebuah Acara

Garis Panduan untuk Mengemukakan sebuah Acara
Ahli Jawatankuasa Komunikasi menerbitkan sebuah artikel bulanan yang mempromosikan senarai acara yang tersenarai di dalam Kalendar Acara OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif).

Kami menggalakkan sumbangan di dalam kalendar tersebut tanpa mengira bahasa, memandangkan ia mengandungi:

1) Acara peminat yang terbuka kepada orang awam, dan boleh disertai secara dalam talian atau secara langsung.
2) Acara akademik seperti persidangan, penerbitan dan panggilan untuk kertas kerja yang melibatkan kajian tentang peminat.
3) Acara yang berkaitan dengan teknologi sumber terbuka.

Artikel bulanan ini mengandungi ringkasan senarai kalendar untuk bulan tersebut, serta permintaan untuk penyertaan kajian yang memenuhi kriteria berikut:

Adakah ia mempunyai keizinan daripada Lembaga Ulasan Institusi/Ahli Jawatankuasa Etika?

Kami sedar akan kewujudan penyelidik bebas yang tidak mempunyai keizinan kerana mereka tidak mempunyai sokongan daripada pihak tertentu. Justeru itu, kami boleh menyediakan pengganti di dalam bentuk vita yang mengandungi hasil kerja lampau dan kelayakan serta sebuah pautan untuk diakses secara bebas dalam talian.

Adakah borang persetujuan untuk peserta disediakan?

Kami tidak akan melampirkan kajian yang tidak menetapkan had umur peserta, dan tidak menentukan penggunaan hasil data yang diterima, prosedurnya (jika ianya bukan tinjauan dalam talian), siapakah yang akan mempunyai akses kepada data tersebut dan bagaimanakah privasi peserta akan terpelihara.

Adakah ia mempunyai maklumat penuh yang boleh menghubungi penyelidik (dan pasukan atau penyelianya jika ada)?

Maklumat ini harus mengandungi institusi yang diwakilkan oleh pengkaji selidik, jika ada, berserta e-mel dan alamat tetap di mana mereka boleh dihubungi.

Adakah informasi akan dikongsi bersama komuniti setelah selesai kajian?

Hal ini boleh dilakukan dengan menghubungi pasukan Komunikasi untuk mengakses hasil kajian.

Sila hubungi Pasukan Komunikasi untuk menghantar mana-mana perkara diatas.