Garis Masa Pilihan Raya OTW dan Tarikh Akhir Keahlian Tahun 2020

Jawatankuasa Pilihan Raya OTW berbesar hati untuk mengumumkan bahawa garis masa untuk pilihan raya tahun 2020 bagi ahli baru Lembaga Pengarah telah diterbitkan!

Pilihan raya pada tahun ini akan diadakan pada 14-17 Ogos. Ini bermakna tarikh akhir untuk calon mengisytiharkan pencalonan mereka jatuh pada 19 Jun.

Seperti biasa, tarikh akhir untuk keahlian pilihan raya adalah 30 Jun. Sekiranya anda berminat untuk mengundi, sila pastikan bahawa keahlian anda masih aktif pada tarikh tersebut.

Maklumat mengenai bagaimana untuk menjadi ahli boleh didapati pada laman Jawatankuasa Pilihan Raya, manakala jika anda telah memahami proses tersebut, anda boleh menderma di sini!

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang proses pilihan raya secara umum, sila rujuk kepada Polisi Pilihan Raya.

Kami menantikan musim pilihan raya yang aktif dengan komunikasi yang secukupnya antara calon-calon dan para pengundi, dan kami berharap anda dapat menjadi sebahagian daripadanya. Jangan lupa untuk mengikuti Jawatankuasa Pilihan Raya di Twitter untuk mengikuti perkembangan berita terkini!

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen, jangan segan untuk menghubungi kami di Jawatankuasa Pilihan Raya.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Announcement

Comments are closed.