Feedback Fest 2020

Selamat datang ke Feedback Fest Hari Fanworks Antarabangsa untuk tahun 2020!

Jika anda sedang melawat kami sini di OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif), maka kemungkinan besarnya yang anda, seperti kami, menggemari karya-karya peminat. Inilah peluang terbaik untuk anda menunjukkan penghargaan kepada karya-karya kegemaran anda. Anda boleh membuat seperti berikut:

Tinggalkan sebuah komen di bawah dengan mencadangkan sekurang-kurangnya tiga buah karya peminat kegemaran anda, bersertakan sepatah dua ayat tentang karya tersebut yang membuatkan anda menggemarinya. Anda mungkin ingin memberitahu kami tentang tiga buah karya peminat terbaik yang anda telah menemui dalam setahun yang lalu, atau mungkin mengaitkan cadangan anda dengan sebuah tema, sebuah trope ataupun sebuah pasangan. Mungkin, anda hanya ingin memberitahu kami tiga karya peminat pertama yang timbul dalam pemikiran anda. Silakan!

Anda boleh juga membuat siaran media sosial untuk menulis cadangan anda tersebut lalu mengongsikan pautannya di sini, ataupun sertakan tag #FeedbackFest dalam siaran tersebut supaya mudah dicari oleh orang lain. Jangan lupa yang komuniti peminat, newsletter, arkib dan sumber-sumber yang lain turut dikira sebagai karya peminat, kemungkinannya tidak terhingga!

Jika anda bercadang untuk melihat cadangan yang diberi oleh peminat-peminat lain, sila juga tinggalkan komen, like, kudos atau apa-apa bentuk maklum balas yang lain pada karya peminat tersebut untuk mununjukkan minat anda terhadap karya tersebut kepada orang lain.

Maka, mari kita bermula. Turun ke bahagian komen sekarang dengan cadangan-cadangan anda dan tunjukkan kepada pereka karya kegemaran anda betapa pentingnya mereka kepada anda!


OTW ialah sebuah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, dan Bantuan Guaman OTW. Organisasi kami dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Event

Comments are closed.