Sekiranya karya saya diterbitkan dalam Archive of Our Own (Arkib Milik Kita), apa yang akan dipakai—undang-undang tempatan saya mengenai penggunaan adil, atau undang-undang AS?

Kerana OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) dan pelayarnya berpusat di Amerika Syarikat, kami percaya bahawa undang-undang AS digunakan untuk kandungan dalam Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kitai), walaupun pengarangnya seorang pemastautin atau bangsa dari negara yang lain. Walau bagaimanapun, negara-negara yang berbeza membuat tuntutan yang berbeza mengenai jangkauan undang-undang mereka. Undang-undang asal negara anda mungkin digunakan untuk anda. Ini mungkin kerana beberapa bahagian dasar OTW lebih luas, atau mungkin lebih ketat daripada undang-undang bidang kuasa tertentu.

Pertubuhan lain yang melayani khalayak antarabangsa berhadapan dengan rejim undang-undang yang berbeza di mana pengguna mereka hidup, bekerja dan bermain. Sebagai contoh, Creative Commons telah membangunkan proses pelbagai langkah untuk “melancarkan” lesen mereka di peringkat antarabangsa dengan “ kedua-dua menterjemahkan lesen secara linguistik dan menyesuaikannya dengan undang-undang ke bidang kuasa tertentu.

Secara idealnya, kami ingin membangunkan proses yang sama di dalam OTW, tetapi pada masa ini, kami gembira dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kami di EFF apabila terlibat dalam advokasi undang-undang di luar Amerika Syarikat. Jika anda ingin bekerja pada isu atau pendidikan undang-undang bukan AS, sila hubungi Jawatankuasa Sukarelawan.