Saya pencipta profesional. Adakah OTW sedang cuba memusnahkan hak cipta saya?

Tidak sama sekali. OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) tidak menentang hak terbitan yang membolehkan pemilik hak cipta untuk memberi kuasa kepada adaptasi filem di pasaran, atau membenarkan penulis untuk memberi kuasa kepada individu tertentu (seperti anak lelaki atau anak perempuan penulis) untuk menerbitkan sequel secara komersial. Pengasas Lembaga OTW ialah Naomi Novik, seorang penulis novel profesional, yang kerjanya di bawah hak cipta dan yang mempunyai kepentingan di kedua belah pihak.

Comments are closed.