Mengapakah TWC tidak menyediakan PDF berkaitan artikel mereka?

Hal ini demikian kerana Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif) merupakan sebuah jurnal multimedia yang menerbitkan tangkapan skrin, video terbenam dan menggunakan hyperlink, jurnal mesti muncul dalam bentuk online. PDF tidak mampu menyalin secukupnya pengalaman interaktif jurnal ini.

Selain itu, kerana TWC menggunakan hak cipta Lesen Antarabangsa Creative Commons Attribution 4.0, peminat-peminat mungkin ingin mengubah jurnal dengan membuat PDF kandungan dan menyebarkannya secara umum. Selagi dokumen mengandungi URL sumber asal, dan selagi poster tidak mengenakan bayaran, aktiviti ini dibenarkan di bawah syarat-syarat lesen CC. Malah, TWC menggalakkan aktiviti peminat transformatif sedemikian.

Akhirnya, TWC ingin mengubah kepentingan yang diberi kepada media cetakan. Sekiranya kami membolehkan PDF rasmi, dokumen-dokumen ini (dan bukannya versi online) akan dianggap sebagai versi utama, semata-mata kerana cetakan diberi keistimewaan dalam industri penerbitan akademik—namun PDF akan sentiasa menjadi tangkapan statik sederhana yang tidak mampu menandingi dokumen interaktif.

Comments are closed.