Mengapakah OTW mempercayai bahawa karya-karya transformatif adalah sah?

Hak cipta bertujuan untuk melindungi hak pencipta untuk mendapatkan keuntungan dari karyanya, selama jangka waktu tertentu, untuk mendorong usaha kreatif dan membahagikan ilmu pengetahuan yang meluas. Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang hak orang lain untuk mempunyai respon terhadap karya asal, sama ada dengan ulasan kritis, parodi, atau, yang kami percaya, karya-karya transformatif.

Di Amerika Syarikat, hak cipta dihadkan oleh doktrin penggunaan adil. Kes perundangan Campbell v. Acuff-Rose berpendapat bahawa penggunaan transformatif menerima pertimbangan khusus dalam analisis penggunaan adil. Bagi mereka yang hendak membaca analisis undang-undang secara mendalam, maklumat lanjut boleh didapati di laman Analisis Undang-Undang Fanlore.