Mengapakah kami perlu mengisi nama dan alamat kami dalam borang sumbangan? Bolehkah saya menderma tanpa menggunakan nama?

Bagi sumbangan keahlian, kami perlu memaut setiap sumbangan kepada individu yang tertentu bagi tujuan undang-undang, bagi menggelakkan seseorang menyumbang beberapa kali dan mendapat hak lebih daripada satu undian. (Sila baca Mengapakah anda memerlukan yuran keahlian untuk memberi seseorang hak untuk mengundi dalam pilihanraya OTW? jika anda hendak mengetahui lebih.)

Maklumat anda selamat dengan kami dan kami mempunyai komitmen yang kuat dalam keselamatan data. Kami juga tidak akan mengaitkan identiti sah anda dengan identiti fannish anda. Sila baca Dasar Privasi bagi maklumat lebih lanjut.

Jika anda hendak menderma tanpa memberikan alamat anda, anda boleh membuat derma tanpa keahlian menggunakan wang tunai atau kiriman wang (hanya dalam Dolar AS). Sila rujuk kepada Bolehkah saya menderma melalui wang tunai atau kiriman wang? diatas.

Sila a href=”/?page_id=17507″>hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami jika anda mempunyai soalan lebih lanjut.