Mengapakah ia mengambil masa yang lama untuk membuat perisian arkib ini?

Membina jenis arkib yang dibayangkan oleh OTW (Organisasi Karya-Karya Transformative) bukan sesuatu proses yang mudah. Kami bukan hanya menyediakan arkib menggunakan perisian yang sedia ada, tetapi membina perisian arkib sumber terbuka yang direka khas untuk keperluan peminat, yang dapat dikendalikan dan diguna dengan mudah, dan dapat mengendalikan berjuta-juta karya dari ratusan ribu pengguna yang serentak.

Kerja ini sedang dilakukan oleh sekumpulan sukarelawan, termasuk sekumpulan pelatih yang sedang membelajar cara menulis dan menyelenggara kod, untuk membantu membina komuniti pembuat kod yang juga merupakan peminat. Ini adalah sekumpulan orang yang boleh membantu mengekalkan perisian arkib pada masa akan datang. Dengan kata lain, kami bukan hanya membina perisian arkib, kami sedang membina pembina perisian tersebut.

Kami juga telah mengambil masa untuk membangunkan polisi yang menyeluruh dan mesra peminat, dengan sebanyak mungkin input daripada peminat; anda boleh melihat hasilnya di Terma dan Syarat Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).

Hal ini mengambil sedikit masa untuk dilakukan, tetapi kami benar-benar percaya ia bernilai. Anda boleh mengikuti perkembangan AO3 dalam newsletter kami dan blog kami. Untuk melibatkan diri anda, sila hubungi jawatankuasa Pengrekrutkan Sukarelawan.

Comments are closed.