Mengapa istilah ini dipilih?

Istilah transformatif ini dipilih secara khusus bagi menyerlahkan nama pertubuhan yang bersifat bukan keuntungan sebagai salah satu pertahanan daripada tindakan undang-undang. Hal ini termasuklah hasil karya fanworks yang pelbagai (termasuk fiksyen orang yang sebenar): bahawa mereka merupakan hasil transformasi berdasarkan bahan sumber asli.

Antara salah satu kegunaan bagi trasformasi, menurut Mahkamah Agung Amerika Syarikat, “menambah sesuatu yang baru, dengan tujuan lain atau watak yang berlainan, mengubah [sumber] dengan ekspresi, makna, atau mesej baru.” Cerita dari perspektif Voldemort adalah transformatif, begitu juga cerita tentang bintang pop yang menggambarkan sesuatu tentang sikap semasa terhadap selebriti atau seksualiti.

Mahkamah juga menganalisis tuntutan “hak publisiti” terhadap kerja-kerja kreatif dengan menggunakan ujian penggunaan transformatif dari undang-undang hak cipta. Hal ini juga boleh digunakan sebagai salah satu isu utama yang dihadapi bagi karya fiksyen berkaitan orang sebenar. Ini merupakan salah satu matlamat utama kami dalam mempertahankan hak kerja peminat untuk terus wujud, memiliki pertahanan utama bagi mereka dalam nama kami adalah penting kepada organisasi.