Bolehkah saya membuat derma khas untuk projek atau perbelanjaan OTW yang tertentu?

Buat masa sekarang, kami tidak berupaya untuk menetapkan sumbangan khas kepada sebuah projek atau perbelanjaan OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) yang tertentu. Terdapat beberapa perbelanjaan yang bukan untuk projek tertentu dan berkaitan dengan keseluruhan organisasi, contohnya: perisian yang sukarelawan kami menggunakan untuk menjadi tuan rumah mesyuarat dan membuat pelan, server hos yang berfungsi bagi kedua-dua dokumentasi dalaman dan kandungan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), dan juga firewall yang melindungi Fanlore, AO3 dan stor dalaman kami. Setiap derma disalurkan kepada pemeliharaan setiap perkara tersebut termasuk projek OTW yang lain.

Comments are closed.