Apakah matlamat di sebalik Transformative Works and Cultures (Karya dan Kebudayaan Transformatif)?

Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif) bertujuan untuk memberi ruang kepada analisis akademik tentang karya transformatif individu dan juga budaya fandom dari mana ia berasal, serta menunjukkan nilai sosial, pendidikan, dan estetik fandom dan karya-karya peminat.

TWC membantu para peminat yang ingin melibatkan diri dalam fandom melalui cara yang lebih bersifat teori dan akademik, bagi berkongsi penyelidikan akademik mereka dengan lebih meluas, meningkatkan komunikasi antara peminat dan akademia, serta menyediakan latar belakang teoretis untuk misi OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) dalam menjelaskan dan memelihara fandom dan karya-karya transformatif. Jurnal ini juga akan menjelaskan konteks karya-karya tertentu untuk membantu mendirikan karya-karya peminat sebagai seni kreatif dalam hak mereka sendiri.