OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) adalah sebuah organisasi tanpa keuntungan, tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang menetapkan tanggungjawab fidusiarinya dalam menjalankan aktiviti dengan berpegang pada kepercayaan orang ramai. OTW akan diperhati bukan hanya oleh para ahli dan peminat di luar organisasi, tetapi juga oleh IRS dan negeri Delaware, negeri penubuhan kami.
Terdapat beberapa perlindungan tambahan ditetapkan. Penyalahgunaan dana OTW merupakan penipuan dan boleh didakwa. Ia beroperasi sebagai langkah pencegahan. Pengagihan dana OTW akan mengikuti prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum berkenaan dengan pengawasan dan pengesahan perbelanjaan. Maklumat kewangan OTW turut diaudit oleh firma CPA pihak ketiga bebas setiap tahun fiskal. Akhirnya, OTW dikehendaki untuk memfailkan Borang 990 dengan IRS setiap tahun untuk melaporkan aktiviti kewangan organisasi.
Laporan audit tahunan dan Borang 990 tersedia secara terbuka di halaman Laporan & Dokumen Pentadbiran laman web OTW serta halaman Jawatankuasa Kewangan.