Terdapat perbezaan antara plagiarisme (penggunaan kata-kata orang lain yang tidak dikenalpasti, dipamerkan sebagai kata-kata sendiri), fanfiction (peminjaman unsur-unsur cerita yang dikenali atau jelas untuk menceritakan kisah baru melalui penulis fanfiction), dan petikan (penggunaan petikan kecil yang diakui atau jelas daripada karya orang lain).
Dengan “jelas” kami bermaksud bahawa walaupun penulis tidak meletakkan penafian pada karyanya, pembaca mengetahui bahawa dia tidak mencipta Wonder Woman atau Voldemort, ataupun frasa “Use the Force, Luke.”
Plagiarisme adalah penipuan dan menghalang pengarang asal menerima kredit untuk karya asalnya sendiri. Fanfiction dan petikan adalah penggunaan adil yang penting yang memberi pengakuan kepada pengarang asal dan karyanya. OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) tidak menyokong plagiarisme; kami menyokong fanfiction dan petikan.