Apakah itu penggunaan adil?

Penggunaan adil adalah hak untuk menggunakan bahan berhak cipta tanpa keizinan atau pembayaran. Ini adalah had asas undang-undang hak cipta yang melindungi ekspresi bebas. “Fair use (Penggunaan adil)” adalah frasa Amerika, walaupun semua undang-undang hak cipta mempunyai beberapa had yang mengelakkan hak cipta sebagai penapisan swasta.

Penggunaan adil meggalakkan penggunaan yang (1) tanpa komersial dan tidak dijual untuk keuntungan; (2) transformatif, menambahkan makna dan mesej baharu kepada karya asli; (3) terhad, tidak meniru keseluruhan karya yang asli dan (4) tidak menjadi pengganti kepada karya yang asli. Bukan kesemua faktor ini diperlukan untuk penggunaan adil, tetapi ianya membantu, dan kami mempercayai bahawa karya peminat seperti di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) dengan mudahnya layak sebagai penggunaan adil berasas kepada faktor-faktor ini.

Comments are closed.