Apa yang anda maksudkan dengan karya transformatif?

Karya transformatif mengambil sesuatu yang sedia ada dan mengubahnya menjadi sesuatu yang baru dengan tujuan, kepekaan, atau cara ekspresi yang lain.

Karya-karya transformatif termasuk tetapi tidak hanya terhad kepada karya fiksyen peminat, fiksyen orang sebenar, video peminat, dan karya seni peminat. OTW (Organisasi Karya-karya Trasformatif) berminat dalam semua jenis karya transformatif, tetapi keutamaan yang diberikan adalah untuk menyokong dan mempertahankan hasil karya yang didapati dalam arkib kami, dan peminat yang menghasilkannya.