Adakah sumbangan ke OTW boleh ditolak cukai?

Ya, di Amerika Syarikat. IRS telah meluluskan status pengecualian cukai bagi OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) kepada status bukan keuntungan. Salah satu manfaat daripada status tersebut ialah sebarang sumbangan yang anda salurkan terhadap organisasi, termasuk yuran keahlian OTW anda sebanyak 10 USD, kini boleh ditolak cukai di Amerika Syarikat! Lebih baik lagi, sumbangan anda sebelum ini juga boleh ditolak cukai, sehingga tarikh kami diperbadankan: 5 September 2007.

Sila beri perhatian sekiranya anda berada di luar Amerika Syarikat, sumbangan anda mungkin atau mungkin tidak boleh dikurangkan cukai. Anda harus merujuk kepada penasihat cukai dan lihat sama ada pemberian kepada US 501 (c) (3) layak mendapat potongan cukai di bawah undang-undang tempatan anda.

Comments are closed.