Adakah OTW mewakili semua fandom?

Adakah OTW mewakili semua fandom?

OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) tidak mewakili semua fandom. Hal ini kerana, fandom merupakan sesuatu besar sifatnya, tidak kira bagaimana anda mendefinisikannya. Buat masa ini, OTW ingin menyediakan ruang yang berguna, mudah dicari, boleh dipercayai dan stabil untuk semua karya peminat tanpa mengira tahap atau fandom, dan dalam jangka masa yang panjang memperluaskan kepada fanwork yang lain. Untuk berbuat demikian, kami cuba menubuhkan infrastruktur yang stabil dan dapat dipertahankan – iaitu OTW.

Kami mengalu-alukan semua fandom dalam projek OTW, Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), Transformative Works and Cultures – jurnal TWC, dan Fanlore wiki. Kita semua terlibat dalam menghasilkan transformasi karya fannish melalui satu set isu undang-undang yang biasa; kami ingin membantu rakan-rakan peminat dalam hal berkaitan undang-undang.

Kami cuba mencari sekutu dan menghubungi sebelum berlakunya sebarang masalah, dan juga menjelaskan kepada seluruh dunia mengapa ia tidak akan menjadi suatu masalah, kerana peminat merupakan pelanggan setia.

Comments are closed.