Adakah OTW menyokong pengkomersialan fanfiction?

Misi OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) adalah, pertama dan paling penting, untuk melindungi penulis peminat yang bekerja semata-mata ikhlas dari cinta mereka dan menyiarkan karya mereka secara percuma dalam ekonomi hadiah fannish, yang ingin menjadi sebahagian daripada sesuatu masyarakat dan berhubung dengan peminat lain dan untuk meraikan dan memberi respons kepada karya media yang mereka nikmati.

Peminat-peminat ini mewujudkan komuniti yang aktif di karya yang mereka meraikan, bercenderung untuk menghabiskan banyak wang di atas karya asal dan barangan yang berkaitan, dan menggalakkan orang lain untuk membelinya juga. Mereka tidak bersaing dengan karya pencipta asal — sebenarnya mereka yang membantu mempromosikannya.

Walaupun beberapa karya transformatif berfungsi dengan sah di pasaran untungnya — parodi seperti The Wind Done Gone (mengulangi semula Gone with the Wind dari perspektif seorang hamba), sebuah analisis kritikal yang memetik secara meluas daripada “panduan tanpa kebenaran” yang asal, dan lain-lain — ini sebenarnya bukanlah apa penulis fanfic dan pereka peminat secara amnya lakukan atau ingin melakukan. Kami hanya ingin menikmati hobi dan komuniti kami, dan untuk berkongsi karya kreatif kami, tanpa ancaman yang berterusan daripada notis berhenti daripada peguam-peguam, yang tidak bergantung pada merit undang-undang, tetapi pada bahagian wang yang tidak seimbang di sebelah mereka.