Untuk memelihara sejarah kerja transformatif dan fandom dari mana mereka telah muncul, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) menubuhkan Fanlore, wiki fandomnya sendiri. Versi beta Fanlore telah dilancarkan pada bulan September 2008, dan wiki ini tamat fasa beta pada bulan Disember 2010. Pada November 2019, wiki tersebut telah melepasi 50,000 halaman, dan pada Januari 2021 mencecah 1,000,000 suntingan dibuat oleh lebih dari 50,000 pengguna berdaftar.
Fanlore menyediakan rangka kerja di mana peminat boleh mendokumenkan pemahaman dan pengalaman mereka dalam fandom, pada masa lepas dan sekarang. Sumber wiki ini adalah arkib hidup sejarah fandom untuk kepentingan para peminat sendiri. Kami berhasrat untuk mendokumentasikan kejadian fandom yang lepas, dan juga untuk mengekalkan perbincangan dan perdebatan semasa untuk rujukan masa depan dengan mencatat sejarah semasa ia berlaku. Ia juga memberikan konteks untuk media di luar, akademik, dan pendatang baru dalam fandom, dalam format di mana peminat sendiri mengawal hasil kerja mereka.
Kandungan fanlore dihasilkan oleh peminat. Sesiapa dan semua peminat digalakkan menyertai projek ini dengan membuat akaun dan berkongsi pemilikan kandungan wiki tersebut. Peminat digalakkan untuk menyumbang dengan membuat artikel baru, menambah butiran ke halaman, atau menyumbang sendiri sudut pandangan mereka dalam artikel untuk dikemaskini, dibahaskan, atau memperluaskan pemahaman topik. Sesetengah editor Fanlore menjalankan projek suntingan yang spesifik dikenali sebagai FanloreProjects, yang memfokuskan pelbagai topik dan fandom seperti X-Files, Harry Potter Fanfiction Tropes (Trop Karya Fiksyen Peminat Harry Potter), Haikyuu, dan pengarkiban Tumblr. Fanlore juga biasanya menganjurkan cabaran penyuntingan, seperti IFD Fanlore Challenge (Cabaran Fanlore IFD) dan Bingo Challenge (Cabaran Bingo) tahunan. Gardeners (Penyelaras Wiki) memantau suntingan terkini untuk memastikan semua sumbangan disepadukan dengan betul dan memberi sokongan kepada sumbangan peminat kami. Wiki ini adalah sentiasa sebuah kerja dalam proses, dan ahli jawatankuasa Polisi & Admin Fanlore sentiasa menyediakan sokongan, bimbingan, dan dorongan bila diperlukan.
Semua kandungan asal tersedia di bawah lesen Creative Commons; sesiapa sahaja adalah dialu-alukan untuk membuat salinan untuk menjadi hos di laman web lain. Wiki ini dibina dengan perisian sumber terbuka.
Maklumat lanjut tentang Fanlore boleh didapati di FAQ laman web OTW dan juga di FAQ Fanlore . Untuk berhubung dengan Jawantankuasa Fanlore, anda boleh menghantar mesej menggunakan borang maklumat kami.
Berita kemas kini dari Fanlore boleh didapati melalui Twitter, Tumblr, dan Dreamwidth.