Elysejský klíč akan Berpindah ke AO3

Elysejský klíč, sebuah arkib hasil fiksyen dan seni peminat Harry Potter, sedang diimport ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).

Dalam halaman ini:

Penjelasan latar belakang

Elysejský klíč ialah sebuah arkib hasil fiksyen peminat yang dibina pada tahun 2010 dan dijaga sejak itu oleh Alice O’Really, pengarang hasil fiksyen peminat dengan tajuk yang sama. Elysejský klíč sedang diimport ke AO3 untuk memelihara karya beliau sekiranya beliau tidak boleh melakukannya sendiri, dan juga memelihara karya peminat beliau yang menulis karya penghargaan terhadap karya-karya beliau dan menghasilkan kandungan fannish lain yang diilhamkan oleh Elysejský klíč.

Tujuan Open Doors Committee’s Online Archive Rescue Project (Projek Menyelamatkan Arkib Dalam Talian Jawatankuasa Open Doors) adalah untuk membantu penyelaras arkib untuk memasukkan hasil karya peminat daripada arkib tersebut ke dalam AO3. Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) bekerjasama dengan penyelaras untuk mengimport arkib mereka apabila penyelaras tidak mempunyai dana, masa, atau sumber lain untuk terus menjaga arkib mereka secara bebas. Ianya adalah sangat penting bagi Open Doors bahawa kami bekerjasama dengan penyelaras yang ingin mengimport karya mereka dan kami memberi kredit sepenuhnya kepada pereka, memberi kawalan sebanyak mungkin kepada pereka ke atas hasil karya mereka. Open Doors akan bekerjasama dengan pimpinella, FemmeFragile dan belldandy untuk mengimport Elysejský klíč ke dalam koleksi yang berbeza dan mudah dicari di AO3. Sebagai salah satu cara pemeliharaan arkib secara menyeluruh, semua hasil seni peminat (fanart) di Elysejský klíč akan diacarakan di pelayan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif), dan dibenamkan dalam halaman karya AO3 mereka sendiri.

Kami akan mula mengimport karya dari Elysejský klíč ke AO3 selepas Disember 2023. Walau bagaimanapun, import mungkin tidak akan berlaku selama beberapa bulan atau tahun, bergantung kepada saiz dan kerumitan arkib. Pereka selalu dipersilakan untuk mengimport karya mereka dan tambah ke dalam koleksi sementara itu.

Apakah maksud ini kepada pereka yang mempunyai karya di Elysejský klíč?

Kami akan menghantar notifikasi import ke alamat emel kami ada untuk setiap pereka. Kami akan cuba yang terbaik untuk memeriksa salinan sebarang karya yang sudah ada sebelum mengimport. Jika kami menjumpai satu salinan yang sudah ada di AO3, kami akan menjemputnya ke dalam koleksi dan bukan mengimportnya. Semua karya diarkib bagi pihak pereka akan termasuk nama mereka dalam baris kecil atau rumusan karya mereka.

Semua karya yang diimport akan ditetapkan sebagai boleh dilihat oleh pengguna AO3 yang dilog masuk. Apabila anda menuntut karya-karya anda, anda boleh menetapkan sebagai boleh dilihat secara umum jika anda mahu. Selepas 30 hari, semua karya yang tidak dituntut akan dijadikan tayangan umum kepada semua pengunjung. Kami akan kemudiannya tutup halaman tersebut.

Sila hubungi Open Doors dengan nama samaran Elysejský klíč dan alamat emel anda, jika:

  1. Anda ingin kami mengimport karya anda, tetapi anda perlu notifikasi dihantar ke alamat emel yang berbeza dengan alamat yang anda gunakan di arkib asal.
  2. Anda sudah mempunyai akaun AO3 dan sudah mengimport karya anda sendiri.
  3. Anda ingin mengimport karya anda sendiri (termasuk jika anda belum mempunyai akaun AO3).
  4. Anda TIDAK MAHU karya anda dipindah ke AO3.
  5. Anda ingin kami memelihara karya anda di AO3, tetapi ingin kami membuang nama anda..
  6. Anda mempunyai soalan lain yang kami boleh bantu.

Sila masukkan sekali nama arkib di dalam tajuk subjek emel anda. Jika anda sudah tidak mempunyai akses kepada akaun emel yang anda gunakan untuk menghubungi Elysejský klíč buat pertama kali, sila hubungi Open Doors dan kami akan bantu anda. (JIka anda sudah siarkan karya-karya tersebut di tempat lain, atau mempunyai cara yang mudah untuk mengesahkan bahawa karya tersebut milik anda, itu adalah bagus; jika tidak, kami akan bekerjasama dengan penyelaras Elysejský klíč untuk mengesahkan tuntutan anda.)

Sila lihat laman web Open Doors untuk arahan:

Jika anda masih mempunyai soalan…

Jika anda masih mempunyai soalan, sila layari FAQ Open Doors, atau hubungi jawatankuasa Open Doors.

Kami amat menghargai sekiranya peminat boleh membantu kami memelihara kisah Elysejský klíč di Fanlore. Jika anda masih baru dalam mengedit wiki, jangan risau! Sila lihat portal pelawat baru, atau tanya penyelaras wiki Fanlore untuk tips.

Kami amat teruja untuk membantu memelihara Elysejský klíč!

– Pasukan open Doors dan pimpinella, FemmeFragile dan belldandy.

Komen pada siaran ini akan dinyahbolehkan 14 hari selepas penyiaran. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, kekhuatiran atau komen mengenai pengimportan ini selepas tarikh tersebut, sila hubungi Open Doors.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Open Doors

Comments are closed.