Apa Yang Kami Akan Lakukan untuk #IFD2020

Acara tahunan kali ke-enam Hari Fanworks Antarabangsa (IFD) akan berlangsung pada 15 Februari 2020 dan OTW (Penterjemahan) telah merancang pelbagai aktiviti untuk dilakukan sempena hari tersebut, termasuklah beberapa acara menarik yang baru serta lama. Tidak kira siapa pun anda atau dari mana anda berada, OTW berbesar hati menjemput anda untuk menyambut IFD bersama kami!

Lihat senarai maklumat di bawah untuk mengetahui apa yang akan diacarakan sepanjang minggu sehinggalah 15 Februari. Read More

Banner: Feedback Fest speech bubble with multilanguage feedback phrases

Selamat Datang ke Pesta Maklum Balas 2019

Selamat datang ke Hari Fanworks Antarabangsa Pesta Maklum Balas!

Beginilah cara ia diadakan:

Tinggalkan komen di sini, mencadangkan sekurang-kurangnya tiga karya peminat dan nyatakan mengapa anda suka karya tersebut dan merasa bahawa orang lain juga patut melihatkannya. Anda juga boleh meletakkan link ke terbitan cadangan yang telah anda terbit di tempat lain atau letakkan tag #FeedbackFest agar orang lain dapat menjumpainya. Ingatlah bahawa komuniti peminat, surat berita, arkib, dan sumber-sumber lain juga kerja peminat, jadi terdapat banyak kemungkinan dan peluang!

Untuk semua orang yang melihat kerja peminat yang dicadangkan, jangan lupa untuk tinggalkan komen, like, kudos atau maklum balas yang lain kepada pereka untuk membantu menyebarkan minat. Biarlah perayaan fannish ini bermula!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW.Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.