Kewangan OTW: Bajet 2020

Sepanjang 2019, pasukan kewangan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah bekerja di sebalik tabir untuk memastikan bahawa kesemua bil organisasi telah dibayar, cukai telah difailkan, dan piawai prosedur kewangan telah dicapai. Persiapan untuk penyata kewangan 2019 dan audit sedang berjalan!

Di samping itu, pasukan kami juga telah bekerja keras untuk mencapai keperluan 2020 OTW, dan kami dengan bangganya ingin menyampaikan bajet tahun ini (sila akses hamparan bajet 2020 untuk keterangan lebih lanjut): Read More

OTW dan COVID-19

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) dikendalikan oleh sukarelawan yang berada di seluruh dunia. Kami bekerja dari rumah, di perpustakaan dan kedai kopi, bahkan juga ketika waktu lengang dengan kerja kami yang lain. Ini bererti, ketika semakin ramai daripada kita yang perlu tinggal di rumah disebabkan pandemik COVID-19, bagaimana kami bekerja tidak akan banyak berubah, namun komitmen masa kami akan. Ada di antara kami akan mempunyai masa yang lebih untuk menumpukan perhatian kepada OTW dan akan dapat bekerja lebih banyak daripada yang dijangkakan. Ada yang akan mempunyai komitmen bersama keluarga atau peribadi, mengurangkan jumlah masa yang boleh dihabiskan untuk memastikan perkara berjalan dengan lancar. Dan ada pula sesetengah daripada kami yang mungkin perlu menghabiskan lebih banyak masa menikmati koleksi besar Archive of Our Own – AO3 (Organisasi Karya-Karya Transformatif) terdiri dari hasil karya peminat dan bukannya memikirkan tentang membangunkan infrastrukturnya demi kesihatan mental kami. Sila ambil perhatian tentang perkara ini jika anda mengalami kelewatan respons ketika menghubungi kami. Read More

Banner: 'Spotlight on Legal Issues'

Maklumat Terkini Mengenai Aplikasi Tidak Rasmi AO3

OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) telah mula menerima laporan sejak hari Jumaat, 14 Februari, tentang aplikasi telefon bimbit yang memaparkan hasil karya peminat daripada Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) tanpa kebenaran. Salah satu aplikasi terbabit ialah Fanfic Pocket Archive Library, yang terdapat dalam Apple App Store dan Google Play. Sepanjang pemantauan OTW yang terkini ini, aplikasi tersebut menyediakan sebuah antara muka yang membolehkan pengguna mengakses karya-karya dalam AO3, dan ia mungkin sebenarnya tidak meniru, menyimpan atau mengedar semula apa-apa data dari AO3. Dalam aplikasi tersebut terdapat sebuah pilihan premium yang membenarkan penggunanya untuk mengakses ciri-ciri tambahan untuk aplikasi itu dengan bayaran bulanan; ia juga memainkan iklan. Pada waktu penulisan artikel ini, ia difahami bahawa aplikasi tersebut telah dikeluarkan dari Google Play, namun ia masih berada dalam Apple App Store. Read More