Organization for Transformative Works: Elections News: Cast Your Vote!

Pengumuman Calon-calon Pilihan Raya OTW Tahun 2020

Pengumuman Calon

OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) dengan sukacitanya mengumumkan calon-calon berikut untuk Pilihan Raya tahun 2020 (dalam susunan abjad dengan nama yang diberikan):

  • Alex Tischer
  • Jess White
  • Kati Eggert
  • Nicole Abraham
  • Tyme LaDow
  • Zoë Tucker

26 Julai : Mengikut pengumuman, Tyme LaDow menarik diri daripada undian.

Oleh kerana terdapat 3 kerusi yang akan diisi dan jumlah calon adalah seramai 6 orang, pilihan raya tahun 2020 akan dipertandingkan – iaitu, ahli-ahli OTW akan mengundi mana-mana calon untuk mengisi kerusi tersebut. Read More

Organization for Transformative Works: Elections News: Cast Your Vote!

Jadilah Ahli OTW dan Undi dalam Pilihan Raya 2020!

Musim pilihan raya hampir tiba! Menjadi ahli OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) bermaksud mendapat peluang mengundi untuk Lembaga Pengarahnya. Ini membantu membentuk bagaimana projek-projek seperti Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), Fanlore, dan Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif) akan diuruskan buat masa sekarang dan masa hadapan. Pada tahun ini, pilihan raya untuk Lembaga Pengarah akan diadakan dari 14 Ogos hingga 17 Ogos. (Akses Garis Masa Pilihan Raya 2020 yang lengkap). Read More

Organization for Transformative Works: Elections News

Garis Masa Pilihan Raya OTW dan Tarikh Akhir Keahlian Tahun 2020

Jawatankuasa Pilihan Raya OTW berbesar hati untuk mengumumkan bahawa garis masa untuk pilihan raya tahun 2020 bagi ahli baru Lembaga Pengarah telah diterbitkan!

Pilihan raya pada tahun ini akan diadakan pada 14-17 Ogos. Ini bermakna tarikh akhir untuk calon mengisytiharkan pencalonan mereka jatuh pada 19 Jun.

Seperti biasa, tarikh akhir untuk keahlian pilihan raya adalah 30 Jun. Sekiranya anda berminat untuk mengundi, sila pastikan bahawa keahlian anda masih aktif pada tarikh tersebut. Read More