Terima kasih kerana mempunyai minat terhadap OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif)! Terdapat pelbagai cara untuk memberi bantuan kepada OTW:
Bersukarela!
Berminat untuk memberi bantuan anda kepada projek-projek kami? Sukarelawan daripada pelbagai latar belakang dan dari semua negara dialu-alukan. Lihat FAQ Sukarelawan kami untuk jawapan kepada beberapa soalan umum!
Buat sumbangan anda!
OTW adalah organisasi US 501(c)(3) yang disokong oleh ahli-ahlinya sendiri tanpa mengaut sebarang keuntungan, dan semua perkhidmatan kami disediakan secara percuma. Kami tidak boleh meneruskan OTW tanpa sokongan anda! Sebarang sumbangan dari US$10 ke atas akan mengesahkan keahlian anda, dan sebarang derma amat berguna kepada kami, tidak kira betapa kecil. Anda juga boleh menderma melalui pos!
Pengumpulan dana!
Adakah anda akan pergi ke con atau perjumpaan peminat yang lain? Mencari alasan untuk mengadakan parti untuk tujuan kebaikan? Untuk mencari cara untuk menyokong OTW sambil berseronok, lihat garis panduan kami dalam mengadakan majlis kutipan derma.
Sebarkan!
Muat turun risalah-risalah dan grafik supaya lebih ramai orang dapat mengetahui tentang kami.