Posts by Priscilla

Kewangan OTW: Bajet 2021

Sepanjang tahun lepas, pasukan kewangan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah bekerja di sebalik tabir untuk memastikan bahawa kesemua bil organisasi telah dibayar, penyata cukai telah difailkan, dan piawai prosedur perakaunan telah dicapai. Persiapan untuk audit penyata kewangan 2020 sedang berjalan! Pasukan kami juga telah bekerja keras untuk mencapai keperluan OTW bagi tahun 2021, dan kami dengan bangganya ingin menyampaikan bajet tahun ini (sila akses hamparan bajet 2020 untuk keterangan lebih lanjut):

Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Usaha pengumpulan dana OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) pada bulan April telah berakhir, dan kami merasa rendah hati dengan kemurahan hati anda yang sangat luar biasa. Sumbangan anda melebihi jauh sasaran awal kami iaitu US$130,000, menjadikan jumlahnya kepada US$458,501.00 yang telah disumbangkan oleh 14905 orang dari 96 negara. Kami sangat berterima kasih, dan berkomitmen seperti biasa kepada komuniti ini yang kami semua bangun bersama, setiap hari. Kami sangat berterima kasih, dan komited seperti biasa kepada komuniti yang kita semua bina bersama, pada setiap hari. Kami tidak pernah akan cukup berterima kasih kerana membantu misi kami dan untuk memastikan bahawa projek kami akan berkembang lebih besar lagi… Read more

Hari Fanworks Antarabangsa (IFD) 2020 akan tiba tidak lama lagi

Hari Fanworks Antarabangsa tahun ini bakal tiba! Kami meraikan IFD pada 15hb Februari, dan tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu untuk tahun ini. 2020 menandakan sambutan tahunan IFD kami yang keenam, dan kami amat teruja untuk meneruskan tradisi ini!

Anda Telah Membantu Membawa Perubahan!

Sementara kempen pengumpulan dana bulan April ini semakin menghampiri akhirnya, kami di OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) sekali lagi rasa terharu dan terhutang budi oleh kerana sokongan anda. Derma yang murah hati anda, hasil 4,700 penderma dari 80 negara, telah membantu kami mengumpul sebanyak 130,000 sejak beberapa hari yang lalu, melebihi sasaran kami iaitu US$100,000!

Sumbangan Anda Memelihara Sejarah Fannish!

Pernahkah anda mencari sesuatu karya yang anda telah baca beberapa tahun yang lalu dan mendapati ia telah hilang dari internet? Kami semua semestinya pernah mengalaminya. Sementara fandom-fandom membangun dan masa bertahun-tahun berlalu, beribu-ribu karya peminat hilang setiap hari—seluruh arkib menjadi offline setiap bulan dan bersama dengan khazanah-khazanah yang terkandung dalamnya, hilang selama-lamanya kepada fandom dan generasi peminat akan datang. Di sinilah Open Doors (Open Doors) memainkan peranan! Open Doors adalah projek OTW (Organisasi untuk Karya-Karya Transformatif), yang berdedikasikan untuk memelihara dan mengarkibkan suara-suara fannish. OTW bekerjasama dengan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) untuk melindungi bahan kegemaran lama anda yang terdapat di… Read more