Usaha pengumpulan dana OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) pada bulan April telah berakhir, dan kami merasa rendah hati dengan kemurahan hati anda yang sangat luar biasa. Sumbangan anda melebihi jauh sasaran awal kami iaitu US$130,000, menjadikan jumlahnya kepada US$458,501.00 yang telah disumbangkan oleh 14905 orang dari 96 negara. Kami sangat berterima kasih, dan berkomitmen seperti biasa kepada komuniti ini yang kami semua bangun bersama, setiap hari. Kami sangat berterima kasih, dan komited seperti biasa kepada komuniti yang kita semua bina bersama, pada setiap hari. Kami tidak pernah akan cukup berterima kasih kerana membantu misi kami dan untuk memastikan bahawa projek kami akan berkembang lebih besar lagi di masa hadapan. Read More
Author: Priscilla

Hari Fanworks Antarabangsa (IFD) 2020 akan tiba tidak lama lagi
Hari Fanworks Antarabangsa tahun ini bakal tiba! Kami meraikan IFD pada 15hb Februari, dan tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu untuk tahun ini. 2020 menandakan sambutan tahunan IFD kami yang keenam, dan kami amat teruja untuk meneruskan tradisi ini! Read More

Anda Telah Membantu Membawa Perubahan!
Sementara kempen pengumpulan dana bulan April ini semakin menghampiri akhirnya, kami di OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) sekali lagi rasa terharu dan terhutang budi oleh kerana sokongan anda. Derma yang murah hati anda, hasil 4,700 penderma dari 80 negara, telah membantu kami mengumpul sebanyak 130,000 sejak beberapa hari yang lalu, melebihi sasaran kami iaitu US$100,000! Read More