Posts by Natalia Gruber

Menemui Komuniti ketika Pengasingan

Organisasi Karya-karya Transformatif (OTW) adalah organisasi bukan keuntungan, yang dikendalikan oleh sukarelawan daripada seluruh dunia. Semua yang kami jana adalah untuk menyokong projek-projek kami. Namun, kami tidak mampu lakukakannya bersendirian. Itulah sebabnya hari ini, seperti yang kami lakukan pada setiap bulan April, kami akan memulakan kempen keahlian yang diadakan dua tahun sekali, dan meminta pengguna kami untuk menyumbang untuk menyokong kerja kami.

Maklumat Terkini Mengenai Aplikasi Tidak Rasmi AO3

OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) telah mula menerima laporan sejak hari Jumaat, 14 Februari, tentang aplikasi telefon bimbit yang memaparkan hasil karya peminat daripada Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) tanpa kebenaran. Salah satu aplikasi terbabit ialah Fanfic Pocket Archive Library, yang terdapat dalam Apple App Store dan Google Play. Sepanjang pemantauan OTW yang terkini ini, aplikasi tersebut menyediakan sebuah antara muka yang membolehkan pengguna mengakses karya-karya dalam AO3, dan ia mungkin sebenarnya tidak meniru, menyimpan atau mengedar semula apa-apa data dari AO3. Dalam aplikasi tersebut terdapat sebuah pilihan premium yang membenarkan penggunanya untuk mengakses ciri-ciri tambahan untuk aplikasi itu dengan bayaran bulanan;… Read more

AO3 Memenangi Anugerah Hugo 2019 untuk Best Related Work (Karya Berkaitan Terbaik)

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) teruja untuk mengumumkan bahawa Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah memenangi Anugerah Hugo 2019 dalam kategori Kerja Berkaitan Terbaik! Ini adalah kali pertama projek OTW telah memenangi — atau menjadi finalis untuk — Anugerah Hugo!! Anugerah diberi pada 18 Ogos 2019, sebagai sebahagian Dublin 2019: an Irish Worldcon, the 77th World Science Fiction Convention (Dublin 2019: Worldcon Ireland, Konvensyen Sains Fiksyen Sedunia yang ke-77). Anda boleh merujuk kepada keputusan terperinci bagi semua kategori anugerah di laman web Worldcon. Naomi Novik, salah seorang pengasas AO3, memberikan ucapan semasa dia dan kakitangan OTW yang lain menerima anugerah itu, dan… Read more

Menunjuk-nunjuk dengan Hadiah Penghargaan OTW Baharu!

Tengok!: Bulan ini, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) menampakkan beberapa hadiah baharu yang hebat, yang bertemakan projek OTW kami. Hadiah-hadiah ini boleh diperolehi apabila anda memberi sumbangan hari ini!

Kewangan OTW: Bajet 2018

2017 merupakan satu lagi tahun yang sibuk dan produktif untuk pasukan kewangan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif)! Kami berterusan dengan usaha kami untuk menambahbaikan kecekapan organisasi ini dalam polisi dan kepatuhan kepada amalan perakaunan yang seragam. Kami telah melakukan audit yang pertama untuk penyata kewangan kami yang berakhir pada awal 2018. Anda boleh melihat audit penyata kewangan kami bagi tahun 2015 dan 2016 pada Laman Kewangan OTW. Kami sedang menyediakan audit kami untuk penyata kewangan 2018 kami dan ini patut dilakukan dalam beberapa minggu. Tanpa berlengah lagi, ini adalah bajet kami bagi tahun 2018 (muat turun spreadsheet bajet untuk informasi lanjut):