Posts by Natalia Gruber

Mempersembahkan Hadiah OTW Baru kepada Ahli-Ahli Lama

Semasa kempen keahlian bulan Oktober lalu, kami telah mengumumkan yang kami sedang mencari jalan untuk meraikan penyokong-penyokong setia OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif). Kami dengan sukacitanya ingin berkongsi dengan anda hadiah eksklusif baru yang kami hasilkan untuk memperingati keahlian berturut-turut tiga, lima, dan sepuluh tahun!

Meraikan 40,000 Fandom dalam AO3

Jawatankuasa Penyelarasan Tag dengan sukacitanya mengumumkan yang kami telah mencapai jumlah 40,000 fandom dalam Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita)! Pada tahun-tahun yang lalu, kami telah melangkaui pelbagai pencapaian fandom: 5,000 fandom sekitar Hari Tahun Baru 2010 10,000 fandom pada September 2012 15,000 fandom pada April 2014 20,000 fandom pada Disember 2015 25,000 fandom pada Jun 2017 30,000 fandom pada Oktober 2018 35,000 fandom pada Disember 2019 Pada kali ini, kami telah memilih untuk meraikannya melalui artikel ini, yang menerangkan kaedah-kaedah para penyelaras tag kami menyusun tag-tag yang memudahkan navigasi dalam AO3 sepanjang ia terus berkembang. Kami turut telah menyertakan petua-petua untuk… Read more

Jadilah Ahli OTW dan Undi dalam Pilihan Raya 2020!

Musim pilihan raya hampir tiba! Menjadi ahli OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) bermaksud mendapat peluang mengundi untuk Lembaga Pengarahnya. Ini membantu membentuk bagaimana projek-projek seperti Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), Fanlore, dan Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif) akan diuruskan buat masa sekarang dan masa hadapan. Pada tahun ini, pilihan raya untuk Lembaga Pengarah akan diadakan dari 14 Ogos hingga 17 Ogos. (Akses Garis Masa Pilihan Raya 2020 yang lengkap).

Garis Masa Pilihan Raya OTW dan Tarikh Akhir Keahlian Tahun 2020

Jawatankuasa Pilihan Raya OTW berbesar hati untuk mengumumkan bahawa garis masa untuk pilihan raya tahun 2020 bagi ahli baru Lembaga Pengarah telah diterbitkan! Pilihan raya pada tahun ini akan diadakan pada 14-17 Ogos. Ini bermakna tarikh akhir untuk calon mengisytiharkan pencalonan mereka jatuh pada 19 Jun. Seperti biasa, tarikh akhir untuk keahlian pilihan raya adalah 30 Jun. Sekiranya anda berminat untuk mengundi, sila pastikan bahawa keahlian anda masih aktif pada tarikh tersebut.

Menemui Komuniti ketika Pengasingan

Organisasi Karya-karya Transformatif (OTW) adalah organisasi bukan keuntungan, yang dikendalikan oleh sukarelawan daripada seluruh dunia. Semua yang kami jana adalah untuk menyokong projek-projek kami. Namun, kami tidak mampu lakukakannya bersendirian. Itulah sebabnya hari ini, seperti yang kami lakukan pada setiap bulan April, kami akan memulakan kempen keahlian yang diadakan dua tahun sekali, dan meminta pengguna kami untuk menyumbang untuk menyokong kerja kami.