Posts by Ioana

Feedback Fest 2020

Selamat datang ke Feedback Fest Hari Fanworks Antarabangsa untuk tahun 2020! Jika anda sedang melawat kami sini di OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif), maka kemungkinan besarnya yang anda, seperti kami, menggemari karya-karya peminat. Inilah peluang terbaik untuk anda menunjukkan penghargaan kepada karya-karya kegemaran anda. Anda boleh membuat seperti berikut:

Raikan pengakhiran kepada Pelan Strategik kami yang berlangsung selama 3 tahun!

Pada bulan Januari 2017, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah memulakan pelan strategiknya yang pertama. Tujuan pelan strategik ini adalah untuk membimbing hala tuju organisasi ini: untuk memberi definisi kepada apa yang kami hendak capai dan cara untuk mencapainya. Pelan strategik adalah bahan utama buat bisnes tanpa keuntungan dan untuk keuntungan, dan ia sangat penting bagi OTW kerana kami telah berubah daripada sebuah permulaan yang kecil hingga menjadi sebuah organisasi kompleks yang sentiasa berkembang dan mempunyai sebuah projek yang telah memenangi Hugo Award. Kami sekarang sudah mencecah 3 tahun, bekerja keras agar pelan strategik ini berjaya. Walaupun pelan ini ditutup dan kami teruja untuk bergerak ke… Read more

Selamat Datang ke Pesta Maklum Balas 2019

Selamat datang ke Hari Fanworks Antarabangsa Pesta Maklum Balas! Beginilah cara ia diadakan: Tinggalkan komen di sini, mencadangkan sekurang-kurangnya tiga karya peminat dan nyatakan mengapa anda suka karya tersebut dan merasa bahawa orang lain juga patut melihatkannya. Anda juga boleh meletakkan link ke terbitan cadangan yang telah anda terbit di tempat lain atau letakkan tag #FeedbackFest agar orang lain dapat menjumpainya. Ingatlah bahawa komuniti peminat, surat berita, arkib, dan sumber-sumber lain juga kerja peminat, jadi terdapat banyak kemungkinan dan peluang! Untuk semua orang yang melihat kerja peminat yang dicadangkan, jangan lupa untuk tinggalkan komen, like, kudos atau maklum balas yang lain kepada pereka untuk membantu… Read more