Posts by idiosincrasy

Open Doors meraikan selesainya 101 import arkib sejak 2012!

Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) dengan sukacitanya mengumumkan selesainya 11 projek import arkib pada 2023, sejumlah lebih 10,000 karya! Kami berharap anda akan menjumpai kegemaran lama dan baharu dalam koleksi-koleksi yang disenaraikan di bawah. Open Doors telah mengimport arkib berisiko fanworks (karya-karya peminat) sejak 2012, bermula dengan Smallville Slash Archive). Projek-projek terbaharu ini menjadikan jumlah arkib yang diimport oleh kami kepada 101! Arkib ke-100 yang diimport ialah LeBeau Library dari forum Gambit Guild. A Priest in Korea Lengkap: Januari 2023 Susan Leinbach telah mencipta fanart (hasil seni peminat) dan fanfiction (hasil fiksyen peminat) dalam beberapa fandom, termasuk M*A*S*H (sebagai Iolanthe) dan… Read more