Posts by Hookedonthesky

Perletakan Jawatan Pengarah-Pengarah OTW

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) amat berduka cita untuk memaklumkan bahawa Antonius Melisse dan Natalia Gruber telah meletakkan jawatan daripada Lembaga Pengarah. Tempoh penggal Antonius dijadualkan berakhir dalam masa beberapa bulan lagi, dan kerusi beliau dijangka akan dipenuhi pada penghujung sesi pilihan raya terkini. Walau bagaimanapun, Natalia masih mempunyai dua tahun dalam penggal beliau. Kerusi beliau akan ditambah ke dalam jumlah kerusi yang akan dipenuhi pada pilihan raya akan datang. Oleh sebab jumlah kekosongan ahli Lembaga menyamai jumlah calon, pilihan raya Lembaga OTW tahun ini merupakan pilihan raya tanpa pertandingan. Namun, pilihan raya tetap akan dijalankan, pada 11 – 14 Ogos, dan ahli-ahli OTW melantik tiga… Read more