Posts by Heleen

Jadilah Ahli OTW dan Undi dalam Pilihan Raya 2022!

Musim pilihan raya hampir tiba! Menjadi ahli OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) bermaksud mendapat peluang mengundi untuk Lembaga Pengarahnya. Ini membantu membentuk bagaimana projek-projek seperti Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), Fanlore, dan Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif) akan diuruskan buat masa sekarang dan masa hadapan. Pada tahun ini, pilihan raya untuk Lembaga Pengarah akan diadakan dari 12 Ogos hingga 15 Ogos. (Akses Garis Masa Pilihan Raya 2022 yang lengkap). Untuk mengundi, anda perlu menjadi ahli OTW sebelum tengah malam UTC pada 30 Jun 2022 (Pukul berapakah itu untuk saya?). Ini bermaksud anda seharusnya telah membuat derma bernilai… Read more

Pesta Maklum Balas 2022 bermula sekarang!

Kita semua telah membina canon tersendiri – karya fiksyen, video, karya seni dan karya-karya lain yang kita sayang dan sering lihat. Dalam bulan Januari, kami telah memberitahu anda tema Hari Karya Peminat Antarabangsa (atau secara ringkasnya “IFD”daripada akronim bahasa Inggerisnya) tahun ini adalah “Karya Klasik Fandom”, dan kami telah meminta anda mula mengumpulkan hasil karya yang anda anggap sebagai bahan bacaan, tontonan atau pendengaran yang perlu. Kini masanya telah tiba dan kami ingin melihat hasilnya! Artikel ini adalah tempat untuk anda berkongsi karya yang anda anggap sebagai karya klasik atau kegemaran fandom. Ia boleh jadi karya-karya yang telah membentuk fandom sendiri, karya yang telah memberi… Read more

Apa yang Kami Akan Lakukan untuk #IFD2022

Tinggal seminggu sahaja lagi untuk Hari Fanwork Antarabangsa yang kelapan (atau singkatannya “IFD”) dan kami di OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) menyediakan banyak acara untuk anda semua! Sila lihat acara di bawah dan sertai keseronokan ini. 1. Cabaran Karya Peminat Tema kami untuk IFD tahun ini ialah ‘Klasik Fandom’ dan dalam siaran yang dibuat bulan lepas, kami telah menjemput anda untuk mengambil bahagian dengan mencipta karya peminat yang mengisahkan, mengadun semula atau sebaliknya memberi penghormatan kepada karya yang anda anggap klasik untuk fandom kegemaran anda. Anda juga boleh menulis meta tentang karya kegemaran anda! Kami menjemput anda untuk berkongsi ciptaan anda menggunakan hashtag #IFD2022 atau #IFDChallenge2022… Read more

Hari Karya Antarabangsa 2022 Akan Tiba

Bersedia: Hari Karya Antarabangsa hanya sebulan sahaja lagi! Hari Karya Antarabangsa (atau “IFD”, singkatannya dalam Bahasa Inggeris) ditubuhkan pada 2014 oleh OTW (Organisasi Karya-karya Antarabangsa). Ia merupakan perayaan untuk semua jenis karya peminat, dan diadakan setiap tahun pada 15 Februari. Tahun ini kami merayakan IFD Ke-8!

Hari Fanworks Antrabangsa (IFD) 2021 akan tiba

Sudah hampir tiba masanya: Hari Fanworks Antarabangsa (atau “IFD” untuk singkatannya dalam bahasa Inggeris) akan pantas muncul tiba! Diadakan pada 15 Februari setiap tahun, kami sudah banyak merancang dan berharap anda akan menyertai kami untuk meraikannya!