Posts by Dasha

Kempen Keahlian April 2024: Memelihara Keselamatan Fanwork

Baru-baru ini, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah selesai menjalankan dua tinjauan bersama pengguna projek kami untuk mengetahui apa yang mereka maklum tentang kerja kami. Dalam Tinjauan Ulang Tahun Ke-16 kami, 87% daripada 67,474 orang pengguna yang menjawab tinjauan kami menyatakan bahawa mereka tidak pernah mendengar tentang Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) OTW sebelum ini. Namun, dalam Tinjauan Ulang Tahun Ke-10 Hari Fanwork Antarabangsa (IFD), lebih daripada 60% responden mengatakan bahawa mereka tahu yang OTW memelihara arkib-arkib fandom, tetapi hanya 28% mengetahui bahawa kami turut memelihara hasil karya peminat (fanwork) fizikal. Jadi, kami ingin memberi fokus kepada kerja-kerja penting yang dilakukan oleh… Read more

Kewangan OTW: Bajet 2024

Sepanjang tahun lalu, pasukan Kewangan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah meneruskan usaha mereka untuk memastikan bahawa kesemua bil organisasi telah dibayar, pulangan cukai telah difailkan, dan piawai prosedur perakaunan telah dicapai. Persediaan untuk pengauditan penyata kewangan 2023 sedang dijalankan! Pasukan tersebut juga telah bertungkus lumus untuk memenuhi keperluan OTW bagi tahun 2024, dan kami dengan bangganya ingin menyampaikan bajet tahun ini (akses fail hamparan bajet 2024 untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci): Perbelanjaan 2024

Acara Maklum Balas Hari Fanwork Antarabangsa 2023

Selamat datang ke Acara Maklum Balas Hari Fanwork Antarabangsa untuk tahun 2023! Dengan lebih dari 200,000 karya dalam Archive Of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) setakat ini dan peluang tak terkira dalam menjadi kreatif dengan watak-watak dan latar-latar kegemaran kita, Crossovers and Fandom Fusions (Gabungan Fandom dan Lakuran Fandom) merupakan antara trop paling popular di AO3. Kami mengongsikan tema untuk Hari Fanwork Antarabangsa tahun ini pada Januari adalah When Fandoms Collide (Apabila Fandom Bertembung), dan kami menjemput anda untuk menyediakan senarai-senarai cadangan gabungan fandom dan lakuran fandom kegemaran anda. Hari ini, kami sangat teruja untuk melihat apa yang anda kemukakan! Untuk menyertai, tinggalkan… Read more