Posts by cinnamonandtea

Perubahan Selanjutnya kepada Tanggungjawab Bantuan dan Polisi & Aduan

Dalam kami terus berusaha untuk seimbangkan tanggungjawab jawatankuasa Bantuan dan Polisi & Aduan kami dengan lebih baik, kami akan alihkan dua lagi jenis isu daripada Polisi & Aduan kepada mandat Bantuan: Pewaris Terdekat Fannish Ini ialah pilihan yang kami tawarkan untuk membenarkan orang tertentu untuk mengurus akaun anda jika anda meninggal dunia atau hilang upaya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program Pewaris Terdekat Fannish, anda boleh membaca FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan kami tentang perkara tersebut. Harap maklum bahawa jika anda mempunyai permintaan Pewaris Terdekat Fannish yang sedang dalam proses, kumpulan Polisi & Aduan kami akan melengkapkan permintaan yang telah mereka terima. Mulai sekarang, jika anda ingin… Read more

Lima Perkara daripada Francesca Coppa

Pada bulan ini, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) genap berumur 15 tahun! Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ini, kami menerbitkan artikel 5 Perkara istimewa dengan salah seorang pengasas kami, Francesca Coppa. Dalam artikel ini, anda boleh membaca tentang detik-detik permulaan OTW, dan cabaran-cabaran yang telah dihadapi oleh organisasi ini sejak itu. Kami juga mengacarakan pertandingan trivia (terdapat dalam bahasa Inggeris sahaja) dan cabaran hasil karya peminat (fanwork). Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, sila ke versi bahasa Inggeris artikel ulang tahun OTW. Pada lebih kurang setiap bulan OTW akan mengadakan sesi soal jawab (Q&A) dengan salah seorang sukarelawan mereka tentang pengalaman mereka sepanjang berada… Read more