Archive of Our Own (Arkib Milik Kita)

Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) adalah sebuah laman hos bukan komersial dan percuma untuk hasil kerja peminat yang transformatif seperti hasil kerja fiksyen, hasil seni peminat, hasil video peminat dan podfic. AO3 telah dicipta sepenuhnya oleh peminat dan juga dijana sepenuhnya oleh peminat, di mana daya kreatif peminat boleh mendapat manfaat daripada bantuan guaman OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) dalam penyataan kes untuk kesahihan serta nilai sosial.

AO3 telah memasuki ruangan penguji beta awam pada November 2009 dan sebanyak 1 juta hasil karya peminat telah dimuat naik pada Februari 2014. Pada Julai 2018 AO3 telah mencapai jumlah hasil karya peminat sebanyak 4 juta. Pada 2019 ia telah digunakan oleh lebih 1.5 juta pengguna berdaftar dan mempunyai hasil karya peminat dalam lebih 30,000 fandom.

AO3 dibina dan direka sepenuhnya oleh sukarelawan daripada fandom. Hampir semua sukarelawan kami memperolehi skil-skil dalam pengekodan, reka bentuk dan dokumentasi melalui kerja mereka dalam projek ini. Perisian sumber terbuka laman pada masa ini dihoskan di GitHub. Server AO3 dijana sepenuhnya oleh sumbangan kepada OTW. Pengguna tidak perlu membayar dan tidak ada iklan pada laman web ini.

Beberapa ciri ketara AO3 adalah

  • klik-sekali untuk muat turun hasil karya peminat dalam pelbagai format (ePub, HTML, Mobi, PDF)
  • sistem tag freeform yang membolehkan pencipta hasil karya untuk menjelaskan tag mereka sendiri untuk klasifikasi
  • sistem komen, kudos dan penanda laman
  • opsyen-opsyen untuk pengguna melihat karya hasil peminat bab demi bab atau secara keseluruhan, dan menghubungkan hasil karya peminat dalam sesuatu siri
  • menjadi hos untuk koleksi hasil karya peminat dan cabaran
  • pengimportan hasil karya peminat yang sebelum ini diterbitkan di tempat lain

Butir-butir lebih lanjut tentang projek ini boleh didapati di FAQ, pelan tindakan AO3 dan artikel berita AO3. Berita terkini daripada AO3 boleh didapati di Twitter dan Tumblr.