Apa yang Kami Akan Lakukan untuk #IFD2022

Tinggal seminggu sahaja lagi untuk Hari Fanwork Antarabangsa yang kelapan (atau singkatannya “IFD”) dan kami di OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) menyediakan banyak acara untuk anda semua! Sila lihat acara di bawah dan sertai keseronokan ini.

1. Cabaran Karya Peminat

Tema kami untuk IFD tahun ini ialah ‘Klasik Fandom’ dan dalam siaran yang dibuat bulan lepas, kami telah menjemput anda untuk mengambil bahagian dengan mencipta karya peminat yang mengisahkan, mengadun semula atau sebaliknya memberi penghormatan kepada karya yang anda anggap klasik untuk fandom kegemaran anda. Anda juga boleh menulis meta tentang karya kegemaran anda! Kami menjemput anda untuk berkongsi ciptaan anda menggunakan hashtag #IFD2022 atau #IFDChallenge2022 di media sosial, atau ‘Hari Fanwork Antarabangsa 2022’ jika anda menyiarkan di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Masih banyak masa lagi untuk mengambil bahagian dan kami ingin melihat apa yang anda cipta!

2. Festival Maklum Balas

Pada 13 Februari kami akan membuat siaran yang menjemput anda untuk berkongsi cadangan untuk karya peminat klasik yang paling anda gemari. Fikir dari sekarang dan bersedia dengan cadangan yang boleh anda kongsi dengan rakan peminat anda!

3. Fanlore Challenge

Tuju ke Fanlore, wiki OTW yang penuh dengan sejarah dan budaya peminat, untuk mengambil bahagian dalam perayaan IFD mereka! Fanlore Challenge berlangsung selama seminggu dan turut termasuk adalah cabaran penyuntingan yang berbeza untuk diselesaikan setiap hari. Apa lagi cara yang lebih baik untuk menghargai minat anda terhadap karya peminat daripada berkongsi pengetahuan anda dengan rakan peminat yang lain?

4. Games and fan chat

Dari 21.00 UTC pada 14 Februari hingga 03.00 UTC pada 16 Februari kami akan menganjurkan sesi permainan chat dalam pelayan Discord khusus OTW. Sukarelawan OTW berbahasa Inggeris akan menyelia siri permainan termasuk kuiz trivia fandom, 20 Soalan, cabaran membuat senarai dan banyak lagi. Ini adalah peluang yang baik untuk berkumpul dengan rakan peminat dan berkongsi minat untuk fandom yang anda suka. Kami akan menyiarkan pautan dan jadual penuh pada hari tersebut jadi letakkan tarikh itu dalam diari anda, datang semula dan semaknya!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Event

Comments are closed.